Pages

Saturday, December 25, 2010

Tempat shooping di KL




 






Suria KLCC
Pelbagai jenis barangan berjenama tempatan dan antarabangsa terdapat di sini. Terdapat juga panggung wayang, salun, restoran dan banyak lagi di pusat membeli-belah Suria KLCC! 

Plaza Low Yat
Terdapat peralatan komputer, video, telefon bimbit serta aksesori terkini di Plaza Low Yat.
Bintang Walk 

Berjaya Times Square
Pusat membeli-belah terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih 3 450 000 square feet, serta mempunyai lebih 1,000 kedai. Terdapat juga taman tema di sini.
Off Bintang Walk 

Pavilion Kuala Lumpur
Pavilion Kuala Lumpur, adalah mall terbaru yang terletak di Jalan Bukit Bintang. Ia menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, barangan kecantikan serta mempunyai restoran-restoran dan pusat makanan. 

Sunway Pyramid
Dibuka pada 1997, Sunway Pyramid senang dikenali kerana senibinanya berinspirasikan piramid di Mesir.

Bukit Bintang Plaza
Salah satu pusat membeli-belah tertua di KL, Bukit Bintang Plaza menawarkan pelbagai jenis barangan. Ia terletak bersebelahan Plaza Sungei Wang. 

Central Market
Central Market turut dikenali sebagai Pasar Seni. Ia dibina pada 1888, dan dahulu adalah sebuah pasar basah. Kini, ia menjadi pusat kraf tangan yang unik di tengah-tengah kota. 

Petaling Street (Chinatown)
Jangan lupa melawat kawasan membeli-belah ini yang sangat popular untuk mencari barangan seperti pakaian, beg dan banyak lagi. Terdapat juga kedai makanan Cina yang telah berada di sini sejak berpuluh tahun lamanya!

Mid Valley Megamall
Mid Valley Megamall pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan fesyen antarabangsa, makanan, peralatan sukan, aksesori, barangan rumah dan banyak lagi. 

The Gardens
Terletak bersebelahan Mid Valley Megamall, dan menawarkan pelbagai barangan berjenama. Gedung utama di sini ialah Robinson dan Isetan.

Maju Junction Mall
Maju Junction Mall sebuah mall yang mempunyai lebih 70 kedai menawarkan pelbagai jenis barangan. Terletak berdekatan dengan perkhidmatan lrt, monorail, teksi dan bas. 

Sogo Departmental Store
Gedung membeli-belah Jepun ini sangat popular di kalangan penduduk setempat. Ia menawarkan pelbagai jenis barangan, termasuk pilihan makanan Jepun yang luas. 

The Mall, Jalan Putra
Terletak dekat dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Hotel Legend, lokasi strategik The Mall menjadikan ia tumpuan ramai. 

Ampang Park Shopping Centre
Ini adalah antara pusat membeli-belah yang pertama dibina di Kuala Lumpur. Ia sering dikunjungi penduduk setempat terutamanya waktu makan tengahari. 

The Weld
Terletak di pusat perniagaan yang sibuk di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, mall The Weld ini sesuai bagi mereka yang gemarkan aktviti membeli-belah dengan pelbagai pilihan barangan yang memenuhi citarasa anda. 

Bangsar Village
Bangsar Village adalah sebuah pusat membeli-belah di Bangsar, dan mempunyai restoran, kedai-kedai khas dan banyak lagi. 

Bangsar Village II
Bangsar Village II dihubungkan dengan sebuah jambatan kepada Bangsar Village. Ia lebih kepada mereka yang pentingkan pilihan fesyen antarabangsa. 

Ampang Point Shopping Centre
Mall ini sentiasa dikunjungi kerana lokasinya yang strategik selain mempunyai kedai-kedai barangan kemas, buku, butik dan pasaraya. 

City Square
Sebuah mall, hotel dan pejabat berintegrasi dalam satu bangunan. Terletak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang, pusat membeli-belah ini mempunyai sembilan galeri seni.
Jalan Tun Razak 

Kompleks Beli-Belah KL Plaza
Terletak di kawasan Segitiga Emas di Kuala Lumpur, KL Plaza. Ia juga di kawasan terkenal Bintang Walk. 

Avenue K
Lokasinya di Jalan Ampang, bertentangan Suria KLCC.

Pusat Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur menempatkan lebih 400 rekaan kraf tangan, saksikan dengan lebih dekat cara kraf tangan ini dibuat!

The Melium Galleria
Galeri ini mempamerkan koleksi mewah antarabangsa hanya di Kuala Lumpur.

MO Outlet
MO Outlet menawarkan pelbagai pilihan rekaan antarabangsa untuk pengunjung. Di sini, anda boleh dapati fesyen terkini kegemaran anda, dengan harga berpatutan.

Sooka Sentral
Pusat perniagaan dengan pelbagai pilihan untuk pengunjung termasuk pusat kesihatan, spa, pusat kecantikan, restoran dan banyak lagi.

Plaza Sungei Wang
Sejak 1977, Plaza Sungei Wang Plaza telah menjadi pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur. Terletak di Bintang Walk, pusat beli-belah ini mempunyai lebih dari 700 kedai/gerai dan bermacam lagi yang menawarkan pakaian, aksesori, butik, beg, salun kecantikan, peralatan telekomunikasi, komputer, restoran dan banyak lagi. Anda boleh ke sini dengan mudah menggunakan monorel, bas atau teksi.

Great Eastern Mall
Terletak di Jalan Ampang, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai pilihan barangan kepada pengunjung.

fahrenheit88
Pusat beli-belah terkini di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai pilihan selain kedai utamanya, UNIQLO, serta pilihan tempat makan dan minum, lebih 250 kedai pastinya memikat hati para pengunjung!
179, Jalan Bukit Bintang
55100
Phone: +603 2148 5488

No comments:

Post a Comment