Dah tengok ke cerita Ngangkung??? aku dah tengok rabu minggu lepas ngan Diana time lepak kat rumah die.. tengok kat Galaxy Ampang.. tiket pon RM5 jer.. berbaloi la sebab cerita ni best.. seram jugak sebab hantu tu dah la hodoh tp lawak.. tp ade gak sedihnye smpai kawan aku ni boleh nangis plak.. tp mmg sedih pon part tu.. banyak teladan yang boleh tengok..
siapa x tengok lg?? jom2 usya sinopsis kat bawah ni..
siapa x tengok lg?? jom2 usya sinopsis kat bawah ni..
‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. So bagi korang yang selalu pergi ngangkung, apa kata pergi tengok filem ni.. ambil iktibar sikit!…
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
No comments:
Post a Comment