Pages

Thursday, December 23, 2010

Telefon selular tak cetus barah otak


  handphone

Frekuensi elektromagnet terbukti selamat

KUALA LUMPUR: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2010 yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit. 

Frekuensi elektromagnet telefon selular ini tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau Non Ionized Radiation, iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul di badan kita. 

Apa yang terhasil daripada radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di
telinga apabila bercakap terlalu lama, katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Khalid Ahmad.

Kajian sudah dijalankan ke atas 5,117 kes barah otak di 13 negara oleh 21 pakar saintis dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan frekuensi elektromagnet telefon selular mengakibatkan barah otak.

No comments:

Post a Comment