DALAM apa saja acara sukan, kasut memainkan peranan. Berlari, melompat, bermain bola atau acara mengayuh basikal, kasut sukan memberi kelebihan dan keselesaan ketika melakukan acara sukan berkenaan. Rata-ratanya terdiri daripada kasut bertutup. Ada koleksi kasut berkenaan sesuai juga digayakan secara kasual.
Kasut kasual bertutup pula tidak sesuai pula dipakai ketika melakukan acara sukan. Selesa digayakan untuk acara santai dan bersiar-siar, koleksi kasual hanya untuk acara santai berbanding kasut sukan bagaimanapun boleh dipakai untuk acara lain seperti berjoging.
Reebok
DILENGKAPI sistem keseimbangan baru, Reebok memperkenalkan koleksi EasyTone bagi wanita menghasilkan lebih 28 peratus pengaktifan otot berbanding kasut latihan biasa. Selain itu, koleksi berkenaan memberi gaya hebat ia juga dapat menghasilkan keseimbangan pada kasut dalam setiap langkah. Teknologi yang ditemui oleh seorang bekas jurutera NASA, Bill McInnis. Harga: bermula RM299 ke atas. Nike
KASUT sukan Nike LunarGlide+2 edisi terbaru memberikan pengalaman terbaik untuk golongan pelari. Menjamin prestasi optimum dan berlari dalam keadaan selesa. Koleksi kasut lari Nike direka untuk memenuhi keperluan pelari lelaki dan boleh juga dipakai oleh wanita. Sudah berada di pasaran, Nike LunarGlide 2 boleh didapati di semua kedai Nike seluruh negara pada harga RM399.Vans
VANS Girls memperkenalkan koleksi The Paityn, tampil untuk anak muda remaja ala punk-rock. Bercorak kotak-kotak warna merah dan hitam kasut tutup tanpa tumit mengukir inspirasi trendsetter musim panas. Digayakan secara kasual cantik dan manis bergaya dengan skirt pendek atau seluar denim, blaus pendek dan juga jaket. Berjalan penuh gaya dengan sneakers The Paityn yang boleh didapati di kedai konsep Vans di One Utama, Sunway Pyramid, Mid Valey, KLCC dan Pavilion. Harga: RM229
Panduan memilih kasut:
- Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Ini kerana otot di kaki waktu itu mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika bersukan.
- Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki.
- Pilih kasut yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut yang kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, akan merugikan jika tidak dimanfaatkan sebaiknya.
- Pilih kasut sukan / kasual mengikut kesesuaian jenis olahraga / acara. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.
- Pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan.
No comments:
Post a Comment