Pages

Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Lurus atau keriting

Foto 
RAMBUT lurus lebih mudah diurus dan digayakan

Mana lebih cantik dan mudah dijaga?

MANUSIA dilahirkan memiliki keunikan tersendiri mengikut genetik masing-masing. Selain warna kulit, paling ketara pada perbezaan yang terserlah antara manusia termasuk pada bahagian bentuk, rupa wajah dan rambut yang menjadi mahkota penampilan wanita. 

Namun, setiap jenis rambut yang dimiliki setiap individu juga bergantung kepada genetik. Malah perbezaan dalam jenis serat rambut mengikut etnik yang juga boleh memberikan kombinasi terhadap bentuk rambut, iaitu lurus atau kerinting.

Jika ibu bapa berambut keriting, lazimnya generasi yang dilahirkan juga akan berambut keriting, manakala ibu bapa yang memiliki rambut lurus secara semula jadinya anak yang lahir turut berambut lurus.

Biasanya, struktur dalaman kedua-dua jenis rambut itu sama, tetapi yang membezakannya adalah serat rambut berkenaan.

Bagaimanapun, tiada produk boleh menukar jenis rambut yang tumbuh dari akar sama ada ingin menukarkannya menjadi lebih tebal, lurus ataupun keriting secara semula jadi, melainkan melakukan transformasi pada struktur rambut.

Individu berambut keriting mempunyai helaian sangat erat dan bergulung-gulung. Rambut keriting sebenarnya panjang dengan gentian tipis dan tebal.
Maksudnya, ia mempunyai lebih kekuatan di bahagian dalam dan simpulan serat rambut jauh lebih halus dan melentur. Serat rambut yang tebal dan tipis itu menghasilkan rambut yang secara semula jadinya bergulung-gulung panjang.

Bagaimanapun, mereka yang berambut lurus secara semula jadi pula walaupun sedikit ikal agak mudah diuruskan. Rambut lurus sering bertahan lama terhadap apa juga perubahan. Bagi mereka yang memiliki rambut lurus, semakin panjang itu, maka ia akan menjadi semakin berat. Kutikel juga biasanya lebih halus dan teksturnya lurus serta rata.
Penjagaan rambut lurus tidak terlalu rumit untuk digayakan kerana ia adalah subjektif. Rambut lurus mudah dibentuk pelbagai gaya dan mudah penjagaannya.

Apabila berbicara mengenai rawatan dan penjagaan rambut, rambut keriting perlu lebih dipertahankan berbanding rambut lurus. Apabila mencuci rambut keriting ia perlu dibersihkan secara menyeluruh kerana debu yang masuk ke dalamnya agak untuk dicuci. Hal itu boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala mudah ditumbuhi kelemumur.

Selain itu, rambut lurus pula kurang memerlukan rawatan. Kebanyakan orang berambut lurus mengambil mudah apabila mencuci rambut mereka. Hanya membasahkan rambut dan mencuci dengan syampu, mengering lalu berhenti setakat itu saja.

Tetapi sama saja dengan rambut keriting, sekiranya mengambil mudah cara membersihkan rambut masalah kekotoran yang masuk ke dalamnya akan menyebabkan rambut berkelemumur, selain rosak akibat terlalu terdedah dengan matahari selain kekerapan menggunakan alat pengering rambut.

Selain mencucinya, penggayaan rambut dan potongannya juga amat penting. Menggayakan rambut keriting sangat rumit dan memerlukan lebih tumpuan kerana untuk memberikan kesan terbaik. Bagi memudahkan ia dibentuk dan dikawal rambut keriting memerlukan lebih gel.

Rambut lurus pula lain tidak memerlukan gaya yang terlalu maksimum, sebaliknya boleh diminimumkan atau sederhana. Mengekalkan rambut lurus mengurai ke bawah dan mudah untuk di sikat atau kerinting mengikut apa saja cara yang diinginkan. Rambut berkenaan hanya memerlukan sedikit gel atau serum bagi penggayaan dan ia mudah untuk dikawal.

Perbezaan ketara lain ialah cara potongan kedua-dua jenis rambut itu. Memotong rambut keriting ternyata lebih sukar berbanding rambut lurus, malah rambut itu sukar membuat banyak gaya potongan.

Konsistensi rambut keriting tidak mengizinkan sama ada potongan pendek atau panjang. Paling sesuai ialah hanya potongan lurus saja. Untuk potongan ‘layer’ atau berlapis lebih sukar dan mencabar tetapi namun potongan itu tidak mudah kelihatan.

Beruntung pula bagi mereka yang berambut lurus. Ia mudah dipotong dan boleh digayakan apa saja. Lebih cantik dan nampak potongannya dengan dengan potongan ‘layer’ malah ia memerlukan potongan yang sempurna kerana akan memberi kesan nampak dengan jelas.

Penggunaan produk rangkaian penjagaan rambut dan kulit kepada perlu bersesuaian dengan kondisinya. Jika silap produk maka ia tidak akan memberi kesan, sebaliknya rambut menjadi lebih terus dan kulit kepala berminyak, berbau dan berkelemumur.

INFO

Rambut lurus:




  • Mudah diurus




  • Mudah dirawat




  • Lebih bertahan lama terhadap apa juga perubahan




  • Kutikelnya mudah rosak, lebih halus dan teksturnya lurus




  • Gaya potongan pelbagai

    Rambut Keriting:




  • Helaian erat dan bergulung-gulung.




  • Lebih kuat di bahagian dalam.




  • Simpulan serat rambut jauh lebih halus dan melentur.




  • Serat rambut yang tebal




  • Gaya potongan tidak pelbagai.




  • Tidak boleh potong ‘layer’ atau berlapis


  • Wednesday, August 4, 2010

    Kasut selesa ikut aktiviti

    DALAM apa saja acara sukan, kasut memainkan peranan. Berlari, melompat, bermain bola atau acara mengayuh basikal, kasut sukan memberi kelebihan dan keselesaan ketika melakukan acara sukan berkenaan. Rata-ratanya terdiri daripada kasut bertutup. Ada koleksi kasut berkenaan sesuai juga digayakan secara kasual.

    Kasut kasual bertutup pula tidak sesuai pula dipakai ketika melakukan acara sukan. Selesa digayakan untuk acara santai dan bersiar-siar, koleksi kasual hanya untuk acara santai berbanding kasut sukan bagaimanapun boleh dipakai untuk acara lain seperti berjoging.

    Reebok
    DILENGKAPI sistem keseimbangan baru, Reebok memperkenalkan koleksi EasyTone bagi wanita menghasilkan lebih 28 peratus pengaktifan otot berbanding kasut latihan biasa. Selain itu, koleksi berkenaan memberi gaya hebat ia juga dapat menghasilkan keseimbangan pada kasut dalam setiap langkah. Teknologi yang ditemui oleh seorang bekas jurutera NASA, Bill McInnis. Harga: bermula RM299 ke atas.


    Nike
    KASUT sukan Nike LunarGlide+2 edisi terbaru memberikan pengalaman terbaik untuk golongan pelari. Menjamin prestasi optimum dan berlari dalam keadaan selesa. Koleksi kasut lari Nike direka untuk memenuhi keperluan pelari lelaki dan boleh juga dipakai oleh wanita. Sudah berada di pasaran, Nike LunarGlide 2 boleh didapati di semua kedai Nike seluruh negara pada harga RM399.


    Vans

    VANS Girls memperkenalkan koleksi The Paityn, tampil untuk anak muda remaja ala punk-rock. Bercorak kotak-kotak warna merah dan hitam kasut tutup tanpa tumit mengukir inspirasi trendsetter musim panas. Digayakan secara kasual cantik dan manis bergaya dengan skirt pendek atau seluar denim, blaus pendek dan juga jaket. Berjalan penuh gaya dengan sneakers The Paityn yang boleh didapati di kedai konsep Vans di One Utama, Sunway Pyramid, Mid Valey, KLCC dan Pavilion. Harga: RM229


    Panduan memilih kasut:
    • Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Ini kerana otot di kaki waktu itu mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika bersukan.
    • Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki.
    • Pilih kasut yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut yang kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, akan merugikan jika tidak dimanfaatkan sebaiknya.
    • Pilih kasut sukan / kasual mengikut kesesuaian jenis olahraga / acara. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.
    • Pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan.