Monday, January 3, 2011
Alat Uji Kehamilan USB
Kaedah ujian kehamilan kini semakin mudah dan canggih. ini adalah yg terbaru yg berupa USB yang boleh berhubung dengan komputer.
Monday, December 27, 2010
Senggugut?? cuba lakukan ini..
3.Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
4.Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
Thursday, December 2, 2010
Khatan wanita masih popular

BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.
Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.
“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.
“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.
“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.
Amalan dituntut
Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.
“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.
Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.
“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.
“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.
“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.
Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.
Kerat 1.3 sentimeter
“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.

“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).
“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.
Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.
“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.
“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.
“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.
Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.
Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.
“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.
Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.
“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.
Wednesday, November 3, 2010
Strategi Terbaik Untuk Kurus : Ketahui Rahsianya?

Pengambilan produk atau program penurunan berat badan yang cepat dan mudah bukanlah jalan singkat untuk anda kelihatan cantik dan langsing. Namun, jika anda ingin mengikuti program penurunan berat badan, anda bukan sahaja perlu diet sihat tetapi hendaklah digandingkan dengan senaman. Berikut adalah cara terbaik untuk anda menurunkan berat badan dengan sukses. Pastikan diet anda berjaya seiring dengan badan yang sihat.
1. Tumpuan Dan Komitmen
• Tidak ada orang lain yang boleh menurunkan berat badan anda. Cubalah korbankan sedikit masa dan tenaga. Mengatur masa adalah kunci untuk anda sukses dalam berdiet. Motivasi diri dan fokuskan perkara yang anda lakukan untuk kelihatan langsing tanpa menjejaskan kesihatan.
2. Dapatkan Sokongan
• Hanya diri anda sendiri yang dapat membantu menurunkan berat badan. Namun, tidak bermakna anda harus lakukan sendirian. Sekurangnya, carilah sokongan daripada pasangan anda, keluarga dan kawan-kawan yang boleh memberi semangat kepada anda.
3. Buat Target Yang Realistik
• Mulakan dengan membuat target mingguan atau bulanan. Catatkan kemajuan yang telah anda perolehi. Ingat, jangan terlalu mengharapkan berat badan anda turun dengan cepat kerana ia boleh membuatkan anda menyerah kalah apabila ia tidak turun banyak seperti yang anda harapkan.
• Cuba lakukan target yang spesifik seperti berjalan sebanyak 30 minit sehari dalam masa 5 hari seminggu.
4. Nikmati Makanan Sihat
• Pengambilan pil diet atau kombinasi makanan yang tidak pernah anda lakukan bukanlah kunci untuk anda mengendalikan berat badan yang baik. Satu cara untuk anda dapat menurunkan kalori dalam badan anda adalah dengan mengambil makanan yang lengkap seperti buahbuahan, sayuran dan gandum.
• Ingat, makanan yang rendah kalori bukanlah strategi sihat untuk jangka masa panjang kerana anda mungkin tidak mendapat nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan.
5. Sentiasa Aktif
• Berdiet tidak akan membantu anda menurunkan berat badan tanpa senaman. Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan lemak dalam badan adalah melalui latihan aerobik yang berterusan selama 30 minit dalam seminggu.
• Selain itu, anda juga boleh memilih senaman yang yang berterusan seperti berenang, joging atau menari. Menaiki tangga, berjalan, berkebun ataupun kerja-kerja rumah juga boleh membantu membakar kalori.
Wednesday, October 27, 2010
WANITA-WANITA MUKMINAT lebih cantik daripada BIDADARI SYURGA

secantik apa pun para bidadari ini, namun wanita-wanita mukminat jauh lebih cantik daripada mereka. iaitu org yang membasuh mukanya setiap hari dengan air wuduk, melaksanakan dan taat akan suaminya demi mencapai keredhaan ALLAH s.w.t.
menurut beberapa orang ahli tafsir yamg membicarakan tentang wanita mukminat di dunia, Allah mengembalikan mereka menjadi gadis2 muda yang sangat cantik dan dipersatukan dengan suami mereka didunia.
berdasarkan kisah Ummu al-Darda'. beliau adalah isteri Abu al-Darda, seorang sahabat Nabi s.a.w... meskipon jarak usia mereka jauh beza berpuluh2 tahun, namun mereka adalah pasangan bahagia.
suatu hari Ummu al-Darda berdoa dihadapan suaminya, "Ya Allah, sesungguhnya Abu al-Darda meminangku didunia, lalu aku menikahinya. maka sekarang aku akan meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di syurga"
mendengar ucapan itu, Abu al-Darda berkata, "jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."
Ummu al-Darda adalah seorang yang cantik dan cerdas. maka, setelah Abu al-Darda wafat, Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan datang untuk meminangnya. namun, isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.
Friday, October 22, 2010
wanita tanah, air, api dan angin
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20 Mei), Virgo (24 Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).
- seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
- Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
- Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
- Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.
- Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
- Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius (23 November-21 Disember).
- Dilahirkan sebagai pemimpin
- Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
- Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
- Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
- Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
- Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
- Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).
- Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
- Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
- Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
- Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
- sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
- Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
- Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari- 20 Mac).
- Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
- Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
- Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
- Mudah mengikut rentak emosi orang lain
Sunday, October 17, 2010
Kenali tubuh sendiri
TIADA seorang pun peserta bengkel (wartawan wanita) mengangkat tangan apabila pakar bertanya siapa yang memeriksa seluruh badannya (termasuk kemaluan) setiap bulan. Rutin bulanan dilakukan cuma melihat keadaan luaran (warna kulit) dan pemeriksaan sendiri payudara (BSE).
Kepercayaan begini menyebabkan ramai wanita lambat menyedari sebarang perubahan luar biasa pada dirinya. Lebih membimbangkan apabila perubahan itu disebabkan masalah kesihatan.
Sebenarnya masih ramai antara kita mewarisi kepercayaan, mitos atau salah anggapan daripada nenek moyang.
Menurut kajian BodyLife IQ Kotex yang disiarkan baru-baru ini ke atas 1,800 remaja wanita berusia 16 hingga 24 tahun di enam negara Asia, hampir 97 peratus gadis di seluruh Asia mempunyai pengetahuan cetek mengenai tubuh mereka dan bagaimana ia berfungsi walaupun maklumat tepat mengenainya sangat mudah didapati.
Daripada perkara asas kewanitaan seperti keperawanan, haid atau kehamilan kepada pengetahuan lebih rumit mengenai tubuh manusia, kajian itu mendedahkan ramai gadis masa kini masih dibelenggu mitos dan pantang larang sama seperti generasi sebelum mereka.
Antara mitos atau kepercayaan salah mengenai tubuh ialah:
MITOS 1: Menyentuh payudara seseorang akan menjadikannya semakin besar.
Sebanyak 60 peratus responden dari Malaysia, India (55 peratus) dan Indonesia (53 peratus) beranggapan menyentuh payudara akan menjadikan ia bertambah besar, sementara 38 peratus responden dari Singapura percaya makan betik dapat membantu membesarkan payudara.
FAKTA: Sebanyak 85 peratus kandungan payudara wanita adalah lemak. Oleh itu satu-satunya cara menjadikan ia lebih besar ialah dengan menambah berat badan. Menyentuh atau memicit tidak akan menjadikan ia lebih besar.
Namun begitu, senaman tertentu dapat membesarkan otot pektoral di bahagian bawah payudara dan menambah saiz payudara anda. Berhati-hati dengan pil, pelekat atau krim yang dikatakan dapat meningkatkan saiz payu dara kerana kebanyakannya tidak berkesan.
MITOS 2: Anda boleh tahu seseorang gadis itu masih perawan melalui cara dia berjalan atau senyum.
Satu pertiga daripada wanita Malaysia (33 peratus) percaya keperawanan seseorang gadis boleh diketahui dengan memerhati cara dia berjalan. Kepercayaan di India lebih aneh kerana mereka percaya perkara ini boleh dikenal pasti melalui senyumannya!
Di Filipina pula 11 peratus wanita percaya saiz vagina (faraj) menentukannya. Kira-kira 24 wanita Filipina dan 14 peratus wanita Malaysia juga bertanggapan anda boleh hilang keperawanan melalui seks oral.
FAKTA: Tidak ada definisi perubatan berkenaan keperawanan meskipun ensiklopedia dan kamus mendefinisikan keperawanan sebagai tidak pernah melakukan aktiviti seksual. Malah selaput dara yang pecah tidak bermakna hilang keperawanan kerana beberapa aktiviti sukan lasak boleh mengakibatkan ia pecah.
Oleh itu sukar mengatakan sama ada seseorang wanita itu masih perawan; apatah lagi dengan melihat cara beliau berjalan, bercakap atau tersenyum!
MITOS 3: Sesetengah amalan dapat memanjangkan atau memendekkan kitaran haid.
Dua puluh satu peratus wanita Malaysia beranggapan makan banyak akan membantu menjadikan haid mereka datang lebih awal dan berakhir dengan cepat. Ada yang percaya mereka sepatutnya makan dengan banyak supaya haid lebih cepat habis.
Wanita Indonesia dan Filipina pula mempunyai amalan aneh untuk memendekkan haid mereka – enam peratus wanita Indonesia percaya dengan memijak tuala ketika haid pertama akan menamatkannya dalam masa tiga hari, sementara wanita Filipina percaya ia boleh dicapai dengan melangkau tiga anak tangga.
FAKTA: Salah tanggapan biasa ialah haid adalah pendarahan dalaman. Untuk memahami proses haid, seseorang mesti tahu bagaimana sistem peranakan berfungsi. Organ peranakan mengandungi ovari, tuib fallopia, rahim dan vagina.
Setiap bulan, ovari menghasilkan telur yang turun melalui tuib fallopia. Pada masa sama, lapisan tisu rahim menjadi semakin tebal sebagai persediaan terhadap kehamilan jika berlaku hubungan seksual dan telur disenyawakan oleh sperma.
Jika telur tidak disenyawakan, ia akan dilarutkan. Lapisan tisu rahim kemudian dilupuskan bersama larutan telur dan keluar dari badan sebagai darah haid. Ia tiada kaitan dengan darah daripada salur darah.
Ada wanita mengalami kekurangan darah ketika haid. Perkara ini boleh berlaku kerana pada dinding rahim ada salur darah yang sangat halus dan salur darah ini boleh mengalami pendarahan. Tidak diketahui mengapa dan bagaimana ia berlaku.
Langkah mengatasi masalah kekurangan darah ialah mengambil makanan yang kaya zat besi seperti hati dan kerang. Amalan makanan seimbang juga dapat mengurangkan masalah ini.
Kini ada ubat boleh meringankan haid tetapi amalan seperti memijak tuala, melangkau tiga langkah pada tangga atau banyak makan adalah kaedah yang tidak terbukti berkesan.
Wanita yang menggunakan alat pencegah kehamilan (IUS) juga tidak perlu risau apabila haid mereka sangat sedikit berbanding biasa.
Ini kerana hormon daripada IUS menghalang persenyawaan dan dinding rahim kekal nipis. Kesannya darah haid jadi sedikit; bukan sebab darah terkumpul dalam rahim!
MITOS 4: Memakai coli mengakibatkan kanser payudara.
Kira-kira 70 peratus wanita Vietnam, Malaysia (55 peratus), Filipina (42 peratus) dan India (41 peratus) menganggap memakai coli meningkatkan risiko kanser payudara.
FAKTA: Saintis belum dapat mengenal pasti punca sebenar kanser payudara. Menurut kajian, risiko mendapat kanser payudara meningkat berdasarkan faktor usia, sejarah keluarga, genetik, perubahan genetik, kurang bersenam, alkohol dan merokok.
Tiada bukti saintifik menunjukkan pemakaian coli memberi kesan secara langsung terhadap kanser payudara, tetapi wanita dinasihatkan memakai coli sesuai untuk mengelak masalah payudara.
MITOS 5: Mangkuk tandas boleh mengakibatkan penyakit kelamin, HIV/Aids atau kehamilan.
Hampir 20 peratus wanita Malaysia bertanggapan mangkuk tandas yang kotor boleh mengakibatkan penyakit kelamin, sementara 39 peratus percaya memakai pelapik seluar dalam setiap hari boleh mengakibatkan jangkitan vagina.
FAKTA: Virus yang menyebabkan penyakit kelamin (STD) tidak boleh bertahan lama di luar tubuh manusia. Oleh itu, mangkuk tandas, tombol pintu, tuala hotel atau cadar tidak menyebabkan jangkitan STD atau HIV/Aids.
STD boleh berjangkit melalui hubungan seks, bersentuhan secara langsung seperti bercium, hubungan sulit dan penggunaan produk seks yang tercemar.
Manakala HIV/Aids pula berjangkit melalui pemindahan darah (termasuk jika anda luka dan menyentuh pesakit yang alami pendarahan), hubungan seks dan berkongsi jarum suntikan, terutama di kalangan penagih dadah.
Segera dapatkan bantuan perubatan jika dijangkiti STD kerana ia bukan saja menyakitkan dan menyusahkan, malah boleh menjangkiti pasangan anda.
Friday, October 15, 2010
RAHSIA WANITA
- Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak meneteskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
- Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
- Wanita sulit tuk cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
- Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
- Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
- Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
- Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
- Jangan sesekali beritahu perempuan yang langsung ke pokok pembicaraan mu
- Bersikap terlalu serius sering mematikan mood wanita.
- Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.
- Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
- Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
- Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
- Jangan sesekali mengira-ira apa yang dirasakannya. cobalah Tanya dia sendiri secara halus,karena peka sekali perasaanya!!
- Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapa aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
- Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cobalah rajin-rajinkan untuk memujanya
- Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa yaitu di hatinya!!
- Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka yang main-main dengan kawan mereka yang paling cantik.
- Cinta bermaksud kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa sembarang kompromi.
- Semua wanita maukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
- Senjata wanita adalah airmata!!
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau hendak memikat wanita pandai-pandailah. ..
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang dia mau hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
Woman!! Without her, man is nothing!!

Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
"Woman, without her man, is nothing"
Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dan sorakan berterusan.
Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian, dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
"Woman! Without her, man is nothing"
Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada profesor.
"Well", kata profesor itu."You can be what you want to be." Lalu keluar meninggalkan dewan.
************
Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi kata-kata profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be. Maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan pada diri kita. Kalau 'woman without her man is nothing' dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila dibaca sebagai "Woman! Without her, man is nothing". Ia begitu memotivasi dan amat bernilai sekali.
Wednesday, October 13, 2010
4 golongan lelaki ke neraka ..
Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-
" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
Tuesday, October 12, 2010
kisah wanita dan amalannya
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Saturday, October 9, 2010
rahsia coklat
Kaum hawa dan coklat tidak dapat dipisahkan.... tp adakah semua wanita sukakan coklat??? oh tidak... tidak semua wanita gemarkan makanan ini... tetapi..
Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.
Coklat bukan sahaja gemar dinikmati oleh si anak kecil.Khabarnya,coklat banyak memberi kebaikan kesihatan,kecantikan dan ghairah orang dewasa?Sebab itulah coklat sering menjadi hadiah untuk orang tersayang pada hari-hari tertentu.Mengapa coklat dijadikan sebagai lambang cinta?Apa kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga ‘makanan lazat’ ini digemari ramai?.Adakah coklat ini boleh dilabelkan sebagai makanan menyihatkan atau sebaliknya?
1- Coklat Untuk Kesihatan
Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.
2- Coklat Kaya Vitamin
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.
3- Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.
4- Coklat Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.
5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamineyang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.
6- Coklat Untuk Ghairah Seks
Alasan mengapa ramai orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta.Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut.Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang menikmatinya.Selain itu,coklat dapat memberikan kesan nyaman,rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.
Tuesday, October 5, 2010
Alasan Wanita Berbohong
1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.
2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.
3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.
4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya. Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.
5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.
6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira. Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.
7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.
8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan. Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?
9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan. Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.
10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.
sumber : http://www.kosmo.com.my
Saturday, October 2, 2010
Daya Tarik Wanita Asia
Orang-orang keturunan Asia cenderung tampak muda daripada usia yang sesungguhnya, terutama pada kaum wanita. Mengapa? Methods of Healing memberi beberapa alasan orang Asia tampak lebih muda daripada ras lain.
Lemak Wajah
Beberapa ahli percaya bahwa orang Asia terlihat awet mudah karena lokasi lemak di wajah yang berbeda daripada ras-ras lain. Contohnya, ras Asia memiliki lemak lebih banyak di sekitar mata yang mencegah keriput di area ini lebih lama dibanding ras lain. Lemak wajah di beberapa area lain seperti sekitar mulut juga mempengaruhi mengapa wanita Asia tampak muda. Ini karena garis tawa penyebab kerutan di sekitar mulut orang Asia terbentuk lebih halus daripada ras lain.
Warna kulit
Sebagian ahli juga percaya warna kulit Asia berperan mempertahankan kemudaan. Warna kulit Asia tidak serentan kulit putih saat terkena sinar matahari. Warna dan tektur kulit Asia yang lebih mulus alami juga membuat kulit tampak lebih muda.
Bentuk wajah
Sebagian lainnya menduga bentuk wajah berkontribusi agar wajah terlihat lebih muda. Penempatan dan raut wajah, mata, bibir tipis, tulang pipi lebih tinggi dan dahi pendek membuat penampilan beberapa tahun lebih muda. Perpaduan antara lemak wajah, warna kulit, raut wajah secara bersama-sama menciptakan efek awet muda pada orang-orang Asia.
.bmp)