Pages

Saturday, January 15, 2011

Kolam renang pintar

Foto

Foto

Foto

Sebut saja kolam renang, pasti ramai membayangkan kawasan laman luas sebagai syarat utama. Kini, Smartpool memberi pilihan kepada pengguna memiliki kolam renang di kawasan terhad. Lebih menarik, ia bukan sekadar penghias laman, sebaliknya umpama spa dan gimnasium mini kerana dilengkapi teknologi mesin larian, treadmill


KOLAM renang adalah antara hiasan sesuai untuk kediaman yang mempunyai ruang laman luas seperti banglo, kembar dua atau rumah teres lot tepi.

Perbelanjaan membinanya juga memerlukan kos yang besar, begitu juga dengan perbelanjaan penyelenggaraan bulanan yang sekali gus menyebabkan ramai berfikir banyak kali sebelum memutuskan untuk membinanya.
Sehubungan itu, ramai yang beralih membina kolam ikan hiasan atau pancuran air menghiasi laman kediaman berikutan kos membina serta penyelenggaraannya yang jauh lebih murah. Malah, pemilik kediaman dengan kawasan laman yang luas menjadikan kolam ikan hiasan sebagai kawasan riadah dan beristirahat keluarga.

Kini, selaras perkembangan teknologi serta kesesuaian cita rasa pengguna yang lebih praktikal, ramai memilih SmartPool. Seperti maksud namanya, kolam renang bersaiz kecil bagi kawasan seluas 12 meter persegi itu bukan sekadar kolam renang bagi tujuan santai, tetapi bagi tujuan bersenam kerana dilengkapi teknologi menyamai mesin larian elektronik, treadmill.

Lebih menarik lagi, ia juga boleh dijadikan hiasan penyeri laman. Tidak hairanlah, semakin ramai pemilik kediaman mewah dan sederhana mula menukar pancuran air atau kolam hiasan ikan koi dengan SmartPool.

Seperti mesin treadmill yang memudahkan aktiviti berjoging, SmartPool adalah kemudahan gaya hidup masa kini yang ditawarkan untuk berenang di kolam bersaiz kecil. Dengan keluasan kolam 12 meter persegi, aktiviti berenang masih boleh dilakukan menerusi teknologi SmartPool.
Pada keluasan terhad sebesar saiz kereta sedan mewah, SmartPool tidak memberi masalah bagi mereka yang sukakan aktiviti berenang kerana arus air yang mengalir diciptakan menerusi motor yang senyap, membolehkan perenang melakukan hampir semua rutin dalam sukan itu seperti menguak mahupun aksi lintang tanpa sebarang masalah.

SmartPool pada asasnya adalah kolam renang terkini berarus lancar yang boleh diselaraskan mengikut kelajuan pilihan. Fungsinya yang membantu mempertingkatkan tahap kesihatan dan medium untuk senamrobik di dalam air menepati reka bentuk elemen gaya hidup zaman moden.

Malah, SmartPool sesuai digunakan untuk aktiviti kesihatan terapi dalam air, latihan kecergasan dan senaman dalam air.

Pengarah Eksekutif SmartPools Sdn Bhd (SmartPools), Faizan Khan, berkata sesuai dengan kediaman dengan kawasan terhad, SmartPool kini menjadi produk pilihan pemaju perumahan dan hartanah.

“Malah, SmartPool diambil kira dan dimasukkan dalam perancangan awal dalam pembinaan rumah, kelab, resort percutian, pusat rekreasi dan pemulihan, pusat kesihatan dan gimnasium.

“SmartPool ternyata sesuai untuk melengkapi gaya hidup masa kini kerana memberi keselesaan, menjimatkan masa, ruang dan wang.

“Dengan keluasan yang terhad, anda dapat membina kolam renang berteknologi tinggi dan mampu melakukan aktiviti berenang umpama di kolam renang bersaiz Olimpik,” katanya.

Dengan harga yang mencecah antara RM24,000 hingga RM80,000 mengikut saiz, kelajuan, kemudahan dan kemasan pilihan, SmartPool boleh dipasang sama ada di dalam atau luar rumah atau pun di atas tanah di laman kediaman.

Diperbuat daripada bahan komposit yang berkualiti marin, ia disaluti gel pilihan Aquaguard dari FGI Australia yang bebas daripada masalah servis dan penyelenggaraan.

Skala pemasangan kolam berdasarkan pemilihan hiasan dengan pilihan kemasan seperti batu granit, jubin, batu kerikil, batu bata dan kayu. Sebarang keterangan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-300-88-74745 atau e-mel info@smartpools.com.my atau laman web www.smartpools.com.my.

INFO: SmartPool


  • Ditawarkan menerusi dua pakej iaitu SmartPool Arena dan Smartuzzi.


  • SmartPool Arena diperbuat daripada bahan komposit canggih dengan Sistem Pendorongan Liminar (LPS) dan penurasan.


  • Smart Arena Lite produk terbaru SmartPoll adalah kolam renang mampu milik dan mudah dipasang di rumah


  • Menerusi teknologi LPS itu, air kolam mampu mengalir deras sehingga sejumlah 30,000 liter air dalam tempoh seminit mengikut kesesuaian arus pilihan.


  • Sungguhpun reka bentuknya ringkas dan kecil, ia cantik dan berbeza dengan kolam renang biasa. Lebih menakjubkan, anda boleh mengubah kedudukannya di dalam kawasan rumah sama ada di halaman rumah, dalam rumah mahupun belakang rumah.


  • Saiznya standard iaitu tujuh kaki (kira-kira 2.3 meter) lebar dan 14 kaki (kira-kira 4.7 meter) panjang dengan 3.5 kaki (kira-kira 1.2 meter) kedalaman.


  • Berat SmartPool dianggarkan sehingga 350 kilogram yang boleh memuatkan 10 tan air.


  • Smart Pool boleh dipasang secara ringkas atau mewah mengikut cara hiasan yang dipilih. Bagi yang inginkan cita rasa berlainan, hiasan tambahan boleh dilakukan seperti kemasan batu marmar, batu granit, batu kerikil, batu bata dan kayu.


  • Kos penyelenggaraan sistem kualiti air RM50 setiap bulan.


  • Pengguna juga boleh memasang PowerLap LPS iaitu mesin boleh alih yang boleh dipasang untuk mana-mana kolam


  • Keterangan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1-300-88-74745 atau emel kepada info@smartpools.com.my atau layari laman web di www.smartpools.com.my

  • No comments:

    Post a Comment