KINI pilihan perabot berupaya menonjolkan hiasan dalaman kediaman individu. Tanpa sedar, perabot menjadi bahan seni lalu mendorong kita menetapkan nilainya. Membeli perabot dianggap pelaburan menyebabkan kualiti rekaan, pembikinan, fungsi, keselesaan bahkan ketahanannya diberi perhatian.
Pemilihannya perlu seimbang dari segi kualiti estetika, fungsi serta nilai. Melalui pengamatan serta pemahaman tema, gaya bakal dipilih, latar belakang sejarah dan perkembangan teknologi inovatif pasaran, pengguna mendapat ilham memilih perabot sesuai kehendak dan konsep rumah.
Urusan memilih perabot menjadi mudah apabila pembekal memperkenalkan konsep suai padan membabitkan tema, skim warna serta reka bentuk.
Hakikatnya, beberapa perkara perlu dipertimbangkan ketika memilih perabot iaitu:
Kualiti serta harga menentukan pilihan terbaik sekali gus menyebabkan anda memperoleh rekaan, bahan serta binaan yang elok nilainya. Pengetahuan mengenai bahan dan binaan membantu membuat keputusan tepat.
Penting bagi kita memahami jenis perabot sesuai ruang supaya aktiviti rutin berjalan lancar. Perbelanjaan dapat dijimatkan sekiranya perabot pelbagai guna diutamakan.
Manusia adalah pengguna perabot maka setiap perabot direka mesti mengambil kira keperluan manusia. Antara keperluan utama perlu difikirkan ialah:
Setiap perabot perlu berfungsi dengan sempurna dan memenuhi keperluan manusia. Jika ini gagal dipenuhi, maka perabot hanya akan berfungsi sebagai hiasan saja.
Ukuran antropometrik adalah ukuran fizikal manusia termasuk ketinggian, berat dan isi padu. Sementara, ergonomik adalah kajian terhadap hubungan manusia dengan perabot yang memenuhi keadaan sekitarnya.
The International Ergonomic Association menjelaskan ergonomik sebagai faktor manusia yang mengaitkan manusia dengan objek yang direkabentuk, sistem serta alam sekitar.
Justeru, setiap ukuran perlu memenuhi kehendak manusia termasuk ciri selesa dan praktikal. Kesempurnaan ukuran tubuh manusia mengikut prinsip asas ergonomik berupaya menghindar ketidakselesaan seterusnya mengelakkan berlaku kecederaan.
Keselesaan dan fungsi lazimnya berkait rapat antara satu sama lain dan individu memperoleh keselesaan maksimum apabila perabot berfungsi sempurna. Sebolehnya, pengguna akan mendapatkan tahap keselesaan paling maksimum. Jika itu tidak diperoleh, jelas perabot berkenaan gagal berfungsi dengan baik.
Nilai estetika sesuatu perabot zaman moden bergantung kepada fungsi dan kualiti. Perabot cantik dari segi pembuatan berkadar dengan harga dan kualiti. Maka, tidak hairanlah ia mampu mencecah ribuan ringgit sekiranya dilihat mempunyai nilai estetika manakala bahan digunakan berkualiti tinggi.
Kos dan harga adalah penanda aras bagi semua produk yang dikomersialkan. Kos ditentukan melalui nilai bahan, pembuatan dan kos sampingan. Pengguna disyorkan bijak memilih perabot berbaloi dibeli dan ini membabitkan kualiti serta tempoh jangka hayat yang panjang.
Kesimpulannya, perabot menyempurnakan hidup manusia maka pilihlah yang mampu berfungsi dengan baik. Antara keperluan fungsi wajib difikirkan ialah ia sebagai alat untuk berehat, membuat aktiviti rutin serta ruang penyimpanan barangan dan perkakas rumah, misalnya makanan, pakaian, kelengkapan menghidang, kelengkapan berdandan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment