Pages

Showing posts with label personaliti diri. Show all posts
Showing posts with label personaliti diri. Show all posts

Friday, October 22, 2010

wanita tanah, air, api dan angin

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20 Mei), Virgo (24 Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).

  • seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius (23 November-21 Disember).

  • Dilahirkan sebagai pemimpin
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

  • Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari- 20 Mac).

  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain

Thursday, October 21, 2010

kenali personaliti individu

Setiap anak dilahirkan dengan watak atau peribadi yg berbeza. Ibu bapa mesti bijak membaca watak anak-anak, kerana pendidikan yang berkesan adalah pendidikan yang bersesuaian dengan watak sebenar anak-anak.Mengikut pakar motivasi, Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, terdapat sekurang-kurangnya 10 cara utk mengenal perwatakan anak-anak.

1. Nama
Nama menggambarkan doa atau harapan ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa mesti memahami makna bagi nama anak-anak kerana nama akan mempengaruhi tindak-tanduk dan peribadi anak-anak. Anak-anak yang bernama Afifah (berbudi bahasa) mungkin akan menjadi seorang lemah lembut berbanding yang bernama Naqibah (ketua) yang berwatak lebih tegas, ada prinsip (mungkin keras kepala, degil dsb). Anak yang bernama Ariffin mungkin seorang yang bijak manakala anak yang bernama Hanif seorg yang jujur dan bersih hatinya.


2. Perwatak Fizikal

*Bertubuh kurus
Seorang yang agak gemuruh dan kelam-kabut tapi sangat kreatif. Seorang yang aktif dan pantas bergerak. Tapi agak penakut dan tidak boleh diharap sangat. Suka diberi penghargaan dan belaian oleh orang lain.

*Bertubuh sederhana
Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat, tapi slalunya tak fikir panjang sebelum bertindak. Sensitif, mudah marah, dan inginkan kesempurnaan. Memiliki daya ingatan yang kuat, suka memberi pandangan.

*Gemuk
Seorang yang tenang, penyayang, mudah bertolak-ansur dan teratur apabila buat kerja. Agak lambat berfikir, tapi ingatannya selalu tajam. Sabar dan jarang marah.


3. Tarikh lahir

Jenis A (lahir pada bulan 2, 4, 6, 8, 9, 11, 12)
Watak: Kelam-kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa nak cari kehebatan.

Jenis B (lahir pada bulan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12)
Watak: Tenang, mudah bertolak-ansur, mudah diajak berbincang.

Jenis C (lahir pada bulan 2, 3, 4, 7, 8, 9)
Watak: Emosi tinggi, mudah melenting dan mudah tersinggung.


4. Tulisan

Tulisan ditekan - Seorang yang cergas, pantas dan agresif.

Tekanan ringan - Seorang yang tidak begitu sihat dan mudah sakit.

Tulisan berbentuk bulat - Emosional, prihatin, penyayang, peka dan kreatif.

Tulisan tajam - Rasional, sistematik, pandai mengurus, banyak guna otak kiri.

Tulisan condong ke kanan - Ramah, penyayang, berani, pemurah.

Tulisan condong ke kiri - Suka menyimpan rahsia, pemalu, setia, kurang bercampur dengan orang.

Tulisan tegak - Sistematik, suka berkawan, suka cari jalan tengah.

Tulisan bercampur-aduk - Emosi tak tetap.

Tulisan jarang-jarang - Tak suka campur orang, kurang mesra, boros.

Tulisan rapat-rapat - suka bergaul, tapi amat bergantung dengan orang lain, sangat berjimat.

Ekor bagi huruf j, g, y dan z besar - Emosi ditunjukkan dengan jelas, penyayang, pandai
tunjukkan kasih sayang, pemurah, rajin.

Ekor huruf j, g, y dan z kecil dan x lengkap - Tak pandai pamer emosi, kurang rajin.

Palang t tinggi - Aspirasi tinggi.

Palang t rendah - Mudah puas hati, tidak bercita-cita tinggi.

Palang t sederhana - Usaha dan tahap pencapaian yang sederhana.


5. Warna kegemaran.

Hijau - Mencitai alam sekitar, pemurah, mengambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis, banyak idea.

Hitam - Serius, buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tinggi iltizam.

Putih - Optimis, bersangka baik, sabar, suka kedamaian.

Merah jambu - Penyayang, bersungguh-sungguh, mempunyai keinginan yang tinggi.

Oren - suka kebebasan, kreatif, aktif, agak kelam-kabut, semangat tinggi, mempunyai ramai kawan.

Kuning - Ceria, tahan lasak, suka berkawan.

Biru muda - Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama, sedia berkorban untuk orang lain.

Emas atau perak - suka pada kejayaan.


6. Urutan dalam keluarga.


Anak sulung - Cakap serupa bikin, cemerlang di rumah dan sekolah, jadi model kepada adik-adik, suka mengawal orang lain, pandai memujuk.

Anak tengah - Suka jadi pendamai, pemurah, mudah berkawan, bertolak-ansur.

Anak bongsu - Berani mengambil risiko, bertolak-ansur, kreatif, peramah.

Anak tunggal - Yakin, tak bergantung pada orang lain, teliti dan terperinci, bercita-cita tinggi, pengasih, pemurah dan suka bantu orang lain.