Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.N – Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Saturday, March 19, 2011
Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk?
Thursday, January 6, 2011
lelaki menangis???
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?
Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
- Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
- Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
- Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
- Ibu atau bapanya meninggal dunia.
- Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
- Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
- Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
Friday, October 15, 2010
Woman!! Without her, man is nothing!!

Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
"Woman, without her man, is nothing"
Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dan sorakan berterusan.
Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian, dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
"Woman! Without her, man is nothing"
Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada profesor.
"Well", kata profesor itu."You can be what you want to be." Lalu keluar meninggalkan dewan.
************
Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi kata-kata profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be. Maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan pada diri kita. Kalau 'woman without her man is nothing' dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila dibaca sebagai "Woman! Without her, man is nothing". Ia begitu memotivasi dan amat bernilai sekali.
Wednesday, October 13, 2010
4 golongan lelaki ke neraka ..
Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-
" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
Tip bantu jejaka serlah penampilan diri


- Untuk menyembunyikan bentuk badan, warna gelap adalah alternatif terbaik bagi si bertubuh besar. Berani memilih warna seperti hitam, ungu, hijau gelap, merah hati dan biru tua.
- Material fabrik daripada bahan lembut seperti linen, wool dan kapas juga mampu menampakkan keseimbangan gaya.
- Hindari pakaian yang terlalu banyak corak. Kurang corak serta motif besar mampu mengelak anda kelihatan lebih besar.
- Usah memakai material berat dan tebal kerana ia akan menampakkan anda bertambah gemuk. Jangan sarung pakaian dua atau tiga lapis termasuk jaket jika tidak mahu kelihatan bertubuh besar.
- Pakaian berjalur lurus dan tegak membuatkan bentuk badan lebih langsing.
- Pastikan pakaian yang dipilih sedikit longgar dan tidak melekap pada badan. Pakaian yang melekap hanya akan menampakkan lagi lemak pada tubuh badan.
- Biarpun realitinya jejaka kurus boleh menggayakan apa saja warna dan rekaan, mereka masih perlu mengikut aturan bergaya. Contohnya, elak membeli kemeja berjalur besar memanjang ke bawah kerana itu akan membuat mereka kelihatan bertambah kurus.
- Jika tidak mahu kelihatan lebih tinggi, kurangkan membeli kasut bertapak.
- Elak membeli baju sendat kerana ia hanya menjejaskan penampilan.
- Gayakan sekali jaket, vest (anak baju) ataupun baju sejuk untuk menampakkan tubuh lebih besar.
- Selain mengenakan seluar skinny, potongan seluar ke pejabat yang mempunyai lipatan di bahagian depan poket untuk pinggang lebih besar.
Gaya ideal lelaki pendek
- Hindari membeli baju besar melebihi saiz badan kerana ia hanya akan membuatkan diri kelihatan ‘tenggelam’ dalam baju berkenaan.
- Jika membeli kemeja-T, pilih bentuk kolar V kerana ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih tinggi.
- Memilih corak berjalur ke bawah juga idea yang baik untuk jejaka pendek untuk tampak lampai. Elak baju jalur rekaan melintang. Ini akan menampakkan jejaka lebih pendek.
- Dalam memilih seluar, elak celana berpotongan besar. Keadaan ini hanya menjejaskan lagi penampilan malah anda kelihatan lebih pendek.
- Pilih kasut bertapak berbanding kasut leper
.bmp)