Pages

Showing posts with label proton. Show all posts
Showing posts with label proton. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Proton Pahlawan Series – Lima Bersaudara

Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Kasturi, Proton Lekir dan Proton Lekiu. Itu adalah antara nama-nama model yang terdapat di dalam siri Proton Pahlawan yang telah dipamerkan di KLIM 2010 Motorshow. Melihat kepada rekaannya, kami percaya anda pasti akan terpegun. Walaupun ini adalah “concept car”, tetapi kelihatannya seperti Proton boleh membuatkan kereta ini sebagai realiti di jalanraya (production). Rata-rata maklumbalas dari mereka yang telah melihat rekaan ini, boleh dikatakan semuanya memberi perspektif positif.

Proton Tuah amat menggamit perhatian kami, kelihatannya seolah-olah kereta buatan luar negara. Dijangkakan Proton Tuah bakal menggantikan Proton Persona. Walaupun kelihatan sedikit rekaan Proton Tuah ini kearah Kia Forte, namun ianya tetap menarik dan mewah.

Berikut adalah gambar-gambar dari Proton Pahlawan Series :

PROTON TUAH

PROTON JEBAT

PROTON KASTURI

PROTON LEKIR

PROTON LEKIU

Amacam? kalau betul design macam nih jadi realiti nanti, memang tutup mulut la semua pengkritik Proton. Harap kualiti sepadan dengan rekaan!

Thursday, October 14, 2010

proton inspira







Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja. "Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.

Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC). Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya. "Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta. "Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.

Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama. Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November.

Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira. Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

Proton menyasar menjual 1,600 unit Inspira sebulan. "Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal. Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport Inspira, "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran." Inspira tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah.

Harga Proton Inspira
  • 1.8 Manual (RM79,999)
  • 1.8 CVT Auto (RM87,000)
  • 2.0 CVT Auto Premium (RM94,000)