Pages

Wednesday, October 13, 2010

Tip bantu jejaka serlah penampilan diri




Gaya ideal lelaki berbadan besar
  • Untuk menyembunyikan bentuk badan, warna gelap adalah alternatif terbaik bagi si bertubuh besar. Berani memilih warna seperti hitam, ungu, hijau gelap, merah hati dan biru tua.

  • Material fabrik daripada bahan lembut seperti linen, wool dan kapas juga mampu menampakkan keseimbangan gaya.

  • Hindari pakaian yang terlalu banyak corak. Kurang corak serta motif besar mampu mengelak anda kelihatan lebih besar.

  • Usah memakai material berat dan tebal kerana ia akan menampakkan anda bertambah gemuk. Jangan sarung pakaian dua atau tiga lapis termasuk jaket jika tidak mahu kelihatan bertubuh besar.

  • Pakaian berjalur lurus dan tegak membuatkan bentuk badan lebih langsing.

  • Pastikan pakaian yang dipilih sedikit longgar dan tidak melekap pada badan. Pakaian yang melekap hanya akan menampakkan lagi lemak pada tubuh badan.

Gaya ideal lelaki kurus tinggi
  • Biarpun realitinya jejaka kurus boleh menggayakan apa saja warna dan rekaan, mereka masih perlu mengikut aturan bergaya. Contohnya, elak membeli kemeja berjalur besar memanjang ke bawah kerana itu akan membuat mereka kelihatan bertambah kurus.
  • Jika tidak mahu kelihatan lebih tinggi, kurangkan membeli kasut bertapak.

  • Elak membeli baju sendat kerana ia hanya menjejaskan penampilan.

  • Gayakan sekali jaket, vest (anak baju) ataupun baju sejuk untuk menampakkan tubuh lebih besar.

  • Selain mengenakan seluar skinny, potongan seluar ke pejabat yang mempunyai lipatan di bahagian depan poket untuk pinggang lebih besar.


Gaya ideal lelaki pendek

  • Hindari membeli baju besar melebihi saiz badan kerana ia hanya akan membuatkan diri kelihatan ‘tenggelam’ dalam baju berkenaan.

  • Jika membeli kemeja-T, pilih bentuk kolar V kerana ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih tinggi.

  • Memilih corak berjalur ke bawah juga idea yang baik untuk jejaka pendek untuk tampak lampai. Elak baju jalur rekaan melintang. Ini akan menampakkan jejaka lebih pendek.

  • Dalam memilih seluar, elak celana berpotongan besar. Keadaan ini hanya menjejaskan lagi penampilan malah anda kelihatan lebih pendek.

  • Pilih kasut bertapak berbanding kasut leper

No comments:

Post a Comment