Pages

Wednesday, October 27, 2010

kolam renang terbesar dunia di Chile










Buku Rekod Dunia Guinness sudah menemui 'kolam renang terbesar dunia' yang terletak di pusat pelancongan San Alfonso del Mar Resort di Chile dan laporan mengatakan sebanyak 250,000 meter padu air diperlukan untuk memenuhi kolam sepanjang 1.013 kilometer itu.

Resort Algarrobo di pantai selatan Chile itu kini secara rasminya boleh berbangga diiktiraf sebagai pihak yang mempunyai kolam renang terbesar di dunia.

Meliputi kawasan berukuran lapan hektar dengan kedalaman 35 meter, kolam San Alfonso del Mar jauh lebih besar berbanding kolam renang kedua terbesar di Maghribi yang diberi nama 'The Big splash' dan hanya seluas 137.16 meter panjang dan 91.44 meter lebar.

Mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan khabar angin mengatakan pembinaannya menelan kos 1 bilion (RM6.43 bilion) dan 2 juta (RM12.87 juta) setahun untuk penyelenggaraan.

Memenuhkan kolam itu mungkin suatu tugas yang boleh dianggap rumit.

Namun, ia tidak menjadi masalah besar kerana perancang kolam itu berfikiran ke depan apabila menggunakan air laut yang ditadah pada satu hujung dan dipam semula pada hujung lain menerusi proses kitaran kekal.

Menggelar kolam renang itu sebagai 'Projek hartanah percutian paling inovatif dan berjaya di Chile,' resort San Alfonso del Mar dengan bangganya menunjukkan pengiktirafan Buku Rekod Dunia Guinness dalam laman webnya.

"Kesimpulannya, saiz kolam ini adalah bersamaan dengan 6,000 saiz kolam renang biasa sepanjang lapan meter," kata resort berkenaan di laman webnya.

"Dengan saiznya yang amat mengagumkan, kolam itu menampilkan air berwarna biru tropika sejernih kristal yang diperoleh menerusi teknologi canggih.

"Sebagai tambahan, suhu air kolam pada musim panas ialah 26 darjah Celsius, sembilan darjah lebih panas berbanding suhu lautan dan sudah tentu tetamu kami amat menghargainya," tambahnya.

Tetamu dan pengunjung resort yang terletak 100 kilometer ke barat ibu negara, Santiago, juga boleh menggunakan bot kecil atau berkayak dalam kolam berkenaan. Malah, ada laporan mengatakan, feri juga boleh beroperasi dalam kolam itu.

Pakar biokimia Chile, Fernando Fischmann yang memimpin firma Crystal Lagoons Corporation dan bertanggungjawab mereka cipta kolam itu, berkata teknik kejuruteraan termoden membolehkan pihaknya membina 'sebuah kawasan umpama syurga dunia' meskipun di mana-mana saja.


Panjang = 1 KM
Kedalaman maksimum = 35 meter
Luas permukaan = 7.7 hektar
Jumlah isipadu air = 250 juta liter


Bandingkan saiz ini dengan kolam bersaiz olimpik

Panjaang = 50 meter

Kedalaman maksimum = 2 meter

Luas permukaan = 0.125 hektar

Jumalh isipadau air =2.5 juta liter

No comments:

Post a Comment