Pengambilan produk atau program penurunan berat badan yang cepat dan mudah bukanlah jalan singkat untuk anda kelihatan cantik dan langsing. Namun, jika anda ingin mengikuti program penurunan berat badan, anda bukan sahaja perlu diet sihat tetapi hendaklah digandingkan dengan senaman. Berikut adalah cara terbaik untuk anda menurunkan berat badan dengan sukses. Pastikan diet anda berjaya seiring dengan badan yang sihat.
1. Tumpuan Dan Komitmen
• Tidak ada orang lain yang boleh menurunkan berat badan anda. Cubalah korbankan sedikit masa dan tenaga. Mengatur masa adalah kunci untuk anda sukses dalam berdiet. Motivasi diri dan fokuskan perkara yang anda lakukan untuk kelihatan langsing tanpa menjejaskan kesihatan.
2. Dapatkan Sokongan
• Hanya diri anda sendiri yang dapat membantu menurunkan berat badan. Namun, tidak bermakna anda harus lakukan sendirian. Sekurangnya, carilah sokongan daripada pasangan anda, keluarga dan kawan-kawan yang boleh memberi semangat kepada anda.
3. Buat Target Yang Realistik
• Mulakan dengan membuat target mingguan atau bulanan. Catatkan kemajuan yang telah anda perolehi. Ingat, jangan terlalu mengharapkan berat badan anda turun dengan cepat kerana ia boleh membuatkan anda menyerah kalah apabila ia tidak turun banyak seperti yang anda harapkan.
• Cuba lakukan target yang spesifik seperti berjalan sebanyak 30 minit sehari dalam masa 5 hari seminggu.
4. Nikmati Makanan Sihat
• Pengambilan pil diet atau kombinasi makanan yang tidak pernah anda lakukan bukanlah kunci untuk anda mengendalikan berat badan yang baik. Satu cara untuk anda dapat menurunkan kalori dalam badan anda adalah dengan mengambil makanan yang lengkap seperti buahbuahan, sayuran dan gandum.
• Ingat, makanan yang rendah kalori bukanlah strategi sihat untuk jangka masa panjang kerana anda mungkin tidak mendapat nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan.
5. Sentiasa Aktif
• Berdiet tidak akan membantu anda menurunkan berat badan tanpa senaman. Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan lemak dalam badan adalah melalui latihan aerobik yang berterusan selama 30 minit dalam seminggu.
• Selain itu, anda juga boleh memilih senaman yang yang berterusan seperti berenang, joging atau menari. Menaiki tangga, berjalan, berkebun ataupun kerja-kerja rumah juga boleh membantu membakar kalori.
No comments:
Post a Comment