Pages

Monday, December 20, 2010

Lurus atau keriting

Foto 
RAMBUT lurus lebih mudah diurus dan digayakan

Mana lebih cantik dan mudah dijaga?

MANUSIA dilahirkan memiliki keunikan tersendiri mengikut genetik masing-masing. Selain warna kulit, paling ketara pada perbezaan yang terserlah antara manusia termasuk pada bahagian bentuk, rupa wajah dan rambut yang menjadi mahkota penampilan wanita. 

Namun, setiap jenis rambut yang dimiliki setiap individu juga bergantung kepada genetik. Malah perbezaan dalam jenis serat rambut mengikut etnik yang juga boleh memberikan kombinasi terhadap bentuk rambut, iaitu lurus atau kerinting.

Jika ibu bapa berambut keriting, lazimnya generasi yang dilahirkan juga akan berambut keriting, manakala ibu bapa yang memiliki rambut lurus secara semula jadinya anak yang lahir turut berambut lurus.

Biasanya, struktur dalaman kedua-dua jenis rambut itu sama, tetapi yang membezakannya adalah serat rambut berkenaan.

Bagaimanapun, tiada produk boleh menukar jenis rambut yang tumbuh dari akar sama ada ingin menukarkannya menjadi lebih tebal, lurus ataupun keriting secara semula jadi, melainkan melakukan transformasi pada struktur rambut.

Individu berambut keriting mempunyai helaian sangat erat dan bergulung-gulung. Rambut keriting sebenarnya panjang dengan gentian tipis dan tebal.
Maksudnya, ia mempunyai lebih kekuatan di bahagian dalam dan simpulan serat rambut jauh lebih halus dan melentur. Serat rambut yang tebal dan tipis itu menghasilkan rambut yang secara semula jadinya bergulung-gulung panjang.

Bagaimanapun, mereka yang berambut lurus secara semula jadi pula walaupun sedikit ikal agak mudah diuruskan. Rambut lurus sering bertahan lama terhadap apa juga perubahan. Bagi mereka yang memiliki rambut lurus, semakin panjang itu, maka ia akan menjadi semakin berat. Kutikel juga biasanya lebih halus dan teksturnya lurus serta rata.
Penjagaan rambut lurus tidak terlalu rumit untuk digayakan kerana ia adalah subjektif. Rambut lurus mudah dibentuk pelbagai gaya dan mudah penjagaannya.

Apabila berbicara mengenai rawatan dan penjagaan rambut, rambut keriting perlu lebih dipertahankan berbanding rambut lurus. Apabila mencuci rambut keriting ia perlu dibersihkan secara menyeluruh kerana debu yang masuk ke dalamnya agak untuk dicuci. Hal itu boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala mudah ditumbuhi kelemumur.

Selain itu, rambut lurus pula kurang memerlukan rawatan. Kebanyakan orang berambut lurus mengambil mudah apabila mencuci rambut mereka. Hanya membasahkan rambut dan mencuci dengan syampu, mengering lalu berhenti setakat itu saja.

Tetapi sama saja dengan rambut keriting, sekiranya mengambil mudah cara membersihkan rambut masalah kekotoran yang masuk ke dalamnya akan menyebabkan rambut berkelemumur, selain rosak akibat terlalu terdedah dengan matahari selain kekerapan menggunakan alat pengering rambut.

Selain mencucinya, penggayaan rambut dan potongannya juga amat penting. Menggayakan rambut keriting sangat rumit dan memerlukan lebih tumpuan kerana untuk memberikan kesan terbaik. Bagi memudahkan ia dibentuk dan dikawal rambut keriting memerlukan lebih gel.

Rambut lurus pula lain tidak memerlukan gaya yang terlalu maksimum, sebaliknya boleh diminimumkan atau sederhana. Mengekalkan rambut lurus mengurai ke bawah dan mudah untuk di sikat atau kerinting mengikut apa saja cara yang diinginkan. Rambut berkenaan hanya memerlukan sedikit gel atau serum bagi penggayaan dan ia mudah untuk dikawal.

Perbezaan ketara lain ialah cara potongan kedua-dua jenis rambut itu. Memotong rambut keriting ternyata lebih sukar berbanding rambut lurus, malah rambut itu sukar membuat banyak gaya potongan.

Konsistensi rambut keriting tidak mengizinkan sama ada potongan pendek atau panjang. Paling sesuai ialah hanya potongan lurus saja. Untuk potongan ‘layer’ atau berlapis lebih sukar dan mencabar tetapi namun potongan itu tidak mudah kelihatan.

Beruntung pula bagi mereka yang berambut lurus. Ia mudah dipotong dan boleh digayakan apa saja. Lebih cantik dan nampak potongannya dengan dengan potongan ‘layer’ malah ia memerlukan potongan yang sempurna kerana akan memberi kesan nampak dengan jelas.

Penggunaan produk rangkaian penjagaan rambut dan kulit kepada perlu bersesuaian dengan kondisinya. Jika silap produk maka ia tidak akan memberi kesan, sebaliknya rambut menjadi lebih terus dan kulit kepala berminyak, berbau dan berkelemumur.

INFO

Rambut lurus:




  • Mudah diurus




  • Mudah dirawat




  • Lebih bertahan lama terhadap apa juga perubahan




  • Kutikelnya mudah rosak, lebih halus dan teksturnya lurus




  • Gaya potongan pelbagai

    Rambut Keriting:




  • Helaian erat dan bergulung-gulung.




  • Lebih kuat di bahagian dalam.




  • Simpulan serat rambut jauh lebih halus dan melentur.




  • Serat rambut yang tebal




  • Gaya potongan tidak pelbagai.




  • Tidak boleh potong ‘layer’ atau berlapis


  • No comments:

    Post a Comment