PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak tertarik dengan model wajah baru Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semasa menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Bangunan Terminal di Pulau Pinang, hari ini. Projek pembesaran lapangan itu menelan belanja sebanyak RM250 juta dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2012. - Foto BERNAMA
Dec 20, 2010 1:23 pm
AMIN: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mengaminkan doa yang di bacakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh (kiri) setibanya baginda dan rombongan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi ke Qatar. Turut berangkat anakanda baginda Tengku Muhammad Mua'az (dua kiri). - Foto BERNAMA
Dec 20, 2010 1:22 pm
BEKAS Timbalan Pengarah I, Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini selepas dikenakan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM620,000 atas 14 pertuduhan rasuah. - Foto Rosdan Wahid
Dec 20, 2010 1:21 pm
POLIS anti-rusuhan Belarus bertindak menghalang ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah pemilihan semula Presiden Alexander Lukashenko berhampiran bangunan Parlimen di Minsk, Belarus, hari ini. - Foto REUTERS (
berita lanjut)
Dec 20, 2010 9:41 am PEMAIN Sevilla, Alvaro Negredo (tengah) bersaing dengan pemain Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi. Madrid menang 1-0. - Foto AP
Dec 20, 2010 9:07 am
Firman Hassanie Shariati Abdul Halim, 6, mencatat sejarah apabila menjadi perenang termuda menyusuri Sungai Dinding sejauh 15 kilometer tanpa henti selama 10 jam 20 minit, di Lumut, kelmarin. Gambar kecil, Firman Hassanie Shariati yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ampang Ipoh dicium ibunya, Hanizah Mohamed sebaik berjaya menamatkan renangannya
No comments:
Post a Comment