MASALAH badan berbau sememangnya memalukan. Kerap kali, peluh dikaitkan sebagai punca utamanya. Namun apakah ini benar?
Hakikatnya tidak, kerana pada asasnya, peluh tidak berbau tetapi bakteria yang menyebabkan badan berbau. Ia berlaku terjadi apabila bakteria di bawah kulit memecahkan peluh kepada asid.
Bau badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan, ubat-ubatan yang anda ambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan peranan. Di kalangan kanak-kanak, bau badan kerap kalinya dikaitkan sebagai penanda tahap kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan berbau pada usia 14 ke 16 tahun manakala 15 ke 17 bagi remaja lelaki.
Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan yang pedas dan memakan ubat-ubatan khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berhadapan dengan masalah bau badan.
Ada juga kemungkinan dalam kes-kes yang lebih serius perubahan bau badan menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan lebih serius dan memerlukan rawatan lanjut.
Dari sudut perubatan, kelenjar peluh (apocrine glands) di bawah lengan dan di paha merembeskan bahan yang menjadi punca bau badan. Bahan ini mengandungi protein, karbohidrat dan lemak selalu dirembeskan dengan banyak melalui hormon seksual apabila seseorang itu mengalami tekanan emosi. Ia menyebabkan bakteria menyerang sekali gus menghasilkan bau.

Bau tidak menyenangkan bukan berlaku pada setiap bahagian tubuh tetapi lebih kerap di kaki, paha, ketiak, bahagian sulit dan belakang telinga. Jika bau busuk itu berlaku di kaki, umumnya ini kerana pemakaian kasut dan stokin yang menyebabkan peluh tersekat. Ini juga memudahkan bakteria memecahkannya kepada bahan-bahan yang menyebabkan bau.
Kaki yang lembap juga berisiko untuk jangkitan fungus yang turut mencetuskan bau kurang selesa. Kerap kali juga bau badan dikaitkan dengan rejim kebersihan individu. Kurang mandi atau pemilihan fabrik pakaian yang salah memerangkap peluh.
Apapun, bau badan umumnya mudah ditangani. Menggunakan sabun antibakteria atau pewangi badan, menggunakan baju daripada kain kapas misalnya, memudahkan penyerapan peluh.
INFO: Tip tangani bau badan
Secara tradisionalnya, ada beberapa sumber alam yang boleh membantu mengatasi masalah ini:
- Daun sirih - Diketahui mampu bertindak sebagai antiseptik. Daun sirih dicampur kapur, dilumatkan dan disapu pada ketiak. Ada juga kepercayaan ia boleh direbus dan diminum selain dibuat sebagai air basuhan.
- Daun Beluntas (Pluchea Indica) - Dibuat ulam atau air rebusannya boleh diminum.
- Daun Selasih (Ocimun Balisicum) - Daun selasih atau kemangi boleh dibuat ulam. Selain bau badan ia juga boleh membantu menghilangkan bau tidak menyenangkan ketika datang haid.
- Temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) - Dibuat ulam atau minum air rebusannnya.
- Limau purut - Dibuat ulam atau dilumur pada badan.
sumber : berita harian
No comments:
Post a Comment