Pages

Monday, August 2, 2010

Arca Kenit Willard Wigan

Willard Wigan membuat kejutan luar biasa menerusi seni mikroskopik paling terperinci pernah dihasilkan manusia. Karya yang dihasilkan Wigan tidak dapat ditatap dengan mata kasar dan memerlukan bantuan mikroskop bagi menghayati keindahan objek yang berukuran tiga ribu kali halus berbanding sehelai rambut.

Ia terlalu seni hingga boleh dimuatkan di celah lubang jarum, diletak di kepala jarum peniti, hujung bulu mata malah turut boleh mengisi sebutir pasir.










Info

Arca Willard Wigan

# Minat terhadap seni mikroskopik tumbuh ketika usia lima tahun. Ketika itu, dia ralit memerhatikan sekumpulan semut sebelum mencabar dirinya menghasilkan arca lebih halus dari haiwan itu.

# Ciri luar biasa arca diukir Wigan menarik perhatian usahawan dan bekas bintang tenis dunia, David Llyod. Llyod adalah pembeli utama koleksi Wigan malah ada di antara arca yang dibelinya diinsuranskan kira-kira RM63 juta.

# Llyod memberi kepercayaan kepada Wigan mengukir replika bangunan London Building yang direka arkitek tersohor Lord Richard Rogers. Arca ini yang diukir di atas kepala jarum ini kemudiannya dijual oleh Eric Knowles dari Bonham’s Fine Art dengan harga kira-kira RM583,000.

# Bulu roma lalat dijadikan berus mengecat arcanya.

# Kebanyakan arca yang dihasilkan mempunyai ukuran ketinggian 0.005 milimeter.

No comments:

Post a Comment