KATA orang, sekeping gambar membawa 1,001 makna. Malah ia menyimpan pelbagai kenangan indah yang ada nilai tersendiri atau sentimental kepada pemiliknya.
Cuma, ia pasti lebih istimewa apabila gambar individu, keluarga dan bersama rakan-rakan sama ada ketika bercuti atau menghadiri acara istimewa yang merakam detik terindah dalam kehidupan, dapat disimpan dalam tempoh lama. Malangnya, gambar yang disimpan dalam album sebaliknya boleh rosak akibat lembapan. Jika diletakkan dalam bingkai gambar pula, hanya sekeping dua saja yang mampu dipamerkan.
Namun kini, keadaannya sudah berubah. Idea kreatif dan inovasi yang memanfaatkan era digital masa kini, menyaksikan keunikan penciptaan bingkai gambar elektronik atau digital. Lebih menarik lagi, bukan sekeping dua sebaliknya ratusan gambar dapat dipamerkan pada satu bingkai saja dan hanya dengan satu sentuhan pula.
Bukan setakat itu saja, gambar itu juga boleh dipaparkan atau ditukar secara berselang seli dalam masa beberapa saat. Tidak hairanlah bingkai gambar digital ini menjadi kegilaan ramai baik kalangan remaja, profesional dan keluarga yang menghargai setiap detik dan saat yang dikongsi bersama insan tersayang.
Pelbagai syarikat pengeluar produk elektronik baik yang berjenama atau tidak, pula berlumba-lumba menghasilkan bingkai gambar digital ini.
Menariknya, bingkai gambar digital yang dicipta sekitar 2000 tetapi menjadi popular beberapa tahun lalu, bukan saja cantik tetapi mudah digunakan dan sesuai diletakkan di sudut ruang rumah mahu pun di meja pejabat.
Malah, bingkai yang dihias cantik dengan dihiasi taburan batu permata, juga mampu membangkitkan seri ruang mahu pun meja yang suram. Ia juga mudah disesuaikan kerana didatangkan dalam pelbagai saiz, termasuk yang mempunyai paparan skrin dalam ukuran 12 atau 14 inci.
Pemindahan gambar ini dilakukan menggunakan kad memori kamera digital menerusi kabel USB dan ada juga yang memanfaatkan kemudahan internet tanpa wayar (WiFi) . Bingkai gambar ini boleh memaparkan gambar digital dalam pelbagai format, termasuk yang menggunakan JPEG dan GIF.
Aksesori penyeri ini juga pasti menjadi tumpuan apabila saudara mara dan rakan bertandang ke rumah yang pasti leka dihiburkan dengan paparan pertunjukan slaid gambar milik tuan rumah.
INFO: Tip pilih bingkai gambar digital
Pastikan jenis dan warna yang menepati tema/gaya penataan rumah atau pejabat
Pilih model yang boleh menerima pelbagai format gambar digital, termasuklah yang digunakan kamera digital anda
Utamakan yang mempunyai kapasiti memori binaan dalaman yang besar.
Bandingkan ciri keistimewaan beberapa jenama bingkai elektronik sebelum membuat pilihan muktamad.
Namun kini, keadaannya sudah berubah. Idea kreatif dan inovasi yang memanfaatkan era digital masa kini, menyaksikan keunikan penciptaan bingkai gambar elektronik atau digital. Lebih menarik lagi, bukan sekeping dua sebaliknya ratusan gambar dapat dipamerkan pada satu bingkai saja dan hanya dengan satu sentuhan pula.
Bukan setakat itu saja, gambar itu juga boleh dipaparkan atau ditukar secara berselang seli dalam masa beberapa saat. Tidak hairanlah bingkai gambar digital ini menjadi kegilaan ramai baik kalangan remaja, profesional dan keluarga yang menghargai setiap detik dan saat yang dikongsi bersama insan tersayang.
Pelbagai syarikat pengeluar produk elektronik baik yang berjenama atau tidak, pula berlumba-lumba menghasilkan bingkai gambar digital ini.
Menariknya, bingkai gambar digital yang dicipta sekitar 2000 tetapi menjadi popular beberapa tahun lalu, bukan saja cantik tetapi mudah digunakan dan sesuai diletakkan di sudut ruang rumah mahu pun di meja pejabat.
Malah, bingkai yang dihias cantik dengan dihiasi taburan batu permata, juga mampu membangkitkan seri ruang mahu pun meja yang suram. Ia juga mudah disesuaikan kerana didatangkan dalam pelbagai saiz, termasuk yang mempunyai paparan skrin dalam ukuran 12 atau 14 inci.
Pemindahan gambar ini dilakukan menggunakan kad memori kamera digital menerusi kabel USB dan ada juga yang memanfaatkan kemudahan internet tanpa wayar (WiFi) . Bingkai gambar ini boleh memaparkan gambar digital dalam pelbagai format, termasuk yang menggunakan JPEG dan GIF.
Aksesori penyeri ini juga pasti menjadi tumpuan apabila saudara mara dan rakan bertandang ke rumah yang pasti leka dihiburkan dengan paparan pertunjukan slaid gambar milik tuan rumah.
INFO: Tip pilih bingkai gambar digital
No comments:
Post a Comment