Pages

Saturday, August 14, 2010

proton emas

Proton Holdings Bhd. melakar satu lagi sejarah penting sepanjang 25 tahun penubuhannya apabila melancarkan tiga kereta konsep serentak - Emas, Emas Country dan Emas-3 sebagai langkah strategik yang bakal memacu keupayaannya untuk bersaing di peringkat global.

Ketiga-tiga kereta konsep berkenaan dibangunkan di atas platform casis yang sama tetapi mempunyai konfigurasi berbeza dari aspek penjanaan kuasa dengan tumpuan khusus terhadap aplikasi teknologi hibrid.

Siri kereta konsep itu adalah hasil kerjasama antara Proton bersama anak syarikatnya, Lotus serta mendapat sentuhan reka bentuk oleh Italidesign Giugiaro (Giugiaro), firma automotif terkemuka yang berpangkalan di Turin

EMAS

Emas merupakan kereta hibrid yang menampilkan casis rekaan khusus bagi pemasangan enjin endothermic di hadapan, khusus bagi mengecas bateri ion litium untuk menghasilkan janaan kuasa elektrik dan bateri di bahagian belakang. EMAS ialah rekaan konsep PROTON, mempunyai 5 pintu & 4 tempat duduk penumpang.

EMAS COUNTRY

Emas Country dan Emas-3 pula dijangka dibangunkan berasaskan teknologi hibrid plug-in selain pemasangan enjin konvensional yang boleh digerakkan menggunakan petrol, etanol, metanol dan gas asli.

EMAS 3

EMAS 3 pula ialah kenderaan 3pintu dengan 3+1 tempat duduk penumpang yang direka khas untuk pemanduan dalam bandar

Dengan berukuran hanya tiga meter panjang, ketiga-tiga kereta konsep tersebut bagaimanapun direka khusus untuk memaksimumkan ruang dan pada masa sama mengekalkan konsep kereta kompak berciri kontemporari.


REKA BENTUK DALAMAN

kereta ini dijana oleh kuasa hibrid. Dengan kemampuan untuk memecut dari 0-100 km/j dalam 14 saat dan halaju maksimum selaju 170 km/j kereta ini menunjukkan ia bukan calang-calang kereta yang boleh diperlekehkan dari segi kemampuan kerjanya. Malah, kuasa baterinya juga mampu bertahan sehingga 50km dengan sekali cas yang hanya mengambil masa selama 3 jam sahaja dengan menggunakan plag elektrik biasa di rumah.

No comments:

Post a Comment