Bukit Tengkorak terletak di Semporna, Sabah. Ahli arkeologi telah menjumpai beberapa jenis tengkorak di bukit itu, dengan itu ia dinamakan bukit tengkorak.
Bukit Tengkorak telah dikenal pasti sebagai tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada Zaman Neolithik sekitar 3,000 tahun dahulu.
Kajian cari gali telah mula dilaksanakan di Bukit Tengkorak sejak 1994 oleh penyelidik dari Pusat bagi Kajian Arkhaeologi Universiti Sains Malaysia
(USM) bersama dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah. Kajian tersebut
bertujuan mengadakan kajian saintifik dan sistematik di tapak
arkhaeologi ini.
Hasil kajian itu telah menjumpai beribu kepingan tembikar prasejarah
dan kajian menunjukkan bahawa kaedah yang masih masa diamalkan di Semporna sehingga hari ini.
kalo warga sabah yang masuh belum sampai sini memang rugi tau... aku pon dah 2 kali datang sini... kalau dari bawah memang tak nampak pape... tp kalo dah sampai atas, pemandangan memang pengujakan... berbaloi dengan penat lelah panjat beratus anak tangga... tapi di sepanjang panjat anak tangga boleh lihat pemandangan cantik yang menampakkan seluruh daerah tawau dan pemandangan laut...memang best la...
No comments:
Post a Comment