Pages

Thursday, January 12, 2012

Fakta menarik tentang haiwan - Part 2

  1. Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian
  2. Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.
  3. Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.
  4. Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.
  5. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
  6. Nama sebenar rama-rama (butterfly)ialah' flutterby' ..
  7. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk
    hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana
    mangsa berada.
  8. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
  9. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
    menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.
  10. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  11. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  12. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  13. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  14. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  15. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
  16. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
  17. Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
  18. Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
  19. Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.
  20. Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang palingbanyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasadan senang dibiakkan untuk makanan.

No comments:

Post a Comment