Pages

Thursday, December 8, 2011

Fakta menarik tentang haiwan - Part 1

  1. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  2. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  3. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  4. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
  5. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
  6. Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
  7. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
  8. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  9. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  10. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.
  11. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  12. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
  13. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
  14. Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
  15. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
  16. Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan.
  17. Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.
  18. Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.
  19. Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US .
  20. Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

No comments:

Post a Comment