Wednesday, September 12, 2012
How To Sit Correctly To Prevent Back Pain At Work
Friday, August 31, 2012
10 Punca Lemah Dan Mengantuk Serta Kaedah Mengatasinya
Sunday, November 6, 2011
Masa yang sesuai untuk minum air
Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..
Saturday, March 19, 2011
Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk?
Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.N – Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Tuesday, February 8, 2011
Gadis jadi penagih sabun
SERBUK pencuci dijilat oleh Tempestt Henderson.
MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.
Friday, February 4, 2011
Khasiat ubi kentang
Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.
Monday, January 3, 2011
Alat Uji Kehamilan USB
Kaedah ujian kehamilan kini semakin mudah dan canggih. ini adalah yg terbaru yg berupa USB yang boleh berhubung dengan komputer.
Cara digunakan sama alat ujian kehamilan yg biasa. Hanya stik yang digunakan untuk test urin dan dimasukkan ke USB port dan akan lihat hasilnya di komputer serta dapat menganalisis kandungan hormon dalam urin Anda.
Setelah USB dipasangkan, komputer akan menganalisa urin anda melalui grafik mengenai kandungan anda. Alat ini juga dapat menganalisa waktu kesuburan.
Monday, December 27, 2010
Senggugut?? cuba lakukan ini..
3.Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
4.Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
Saturday, December 18, 2010
Rawat diri waktu libur
MINYAK angin, paracetamol dan vitamin? Mungkin kurang lengkap sekiranya hanya itu yang anda bawa semasa mengikuti sesebuah perjalanan kembara atau agenda percutian yang panjang.
Seseorang pengembara tidak seharusnya meninggalkan rumah tanpa kit keperluan asas rawatan dan perubatan. Meskipun kandungan kit tersebut mungkin berbeza mengikut destinasi yang dituju, pakar kembara mencadangkan beberapa ubatan dan barangan penting. Apakah yang perlu anda sediakan?
Antiseptik, pembalut seliuh dan sapuan antibiotik
Semakin jauh anda berjalan, semakin tinggi kemungkinan untuk anda mendapat luka, calar atau lecetan kulit. Maka sebelum luka kecil itu menjadi penyebab jangkitan yang lebih memudaratkan, ia perlu segera diberi perhatian. Pek antiseptik mudah bawa kini turut didatangkan dalam bentuk helaian tuala lembap yang kecil.
Ubat cirit-birit (loperamide/pismuth)
Makanan yang tidak diketahui tahap kebersihan dan cara penyediaannya ataupun makanan di negara asing yang berbeza rempah ratus mungkin menyebabkan masalah pada perut.
Plaster perubatan
Walaupun bukan penyelamat nyawa utama, pita atau plaster tampalan adalah jawapan bagi menghindarkan lecetan akibat aktiviti berjalan jauh, treking hutan mahupun pendakian.
Krim pelindung matahari
Mungkin kedengarannya remeh, namun lebih baik beringat sebelum terkena. Keperitan akibat lelasan suria bukan sahaja membuatkan anda berasa tidak selesa, malah meningkatkan risiko mendapat kanser kulit.
Ubat penahan mabuk
Tablet dramamin atau pelekat skopamin mampu mengurangkan rasa tidak selesa akibat mabuk perjalanan. Ubat tersebut tentu menjadi 'sahabat' kepada pengembara yang diuji cabaran pelayaran bot di laut berombak atau laluan darat yang berliku-liku.
Ubat tahan sakit
Ketika percutian anda diduga masalah kesihatan seperti sakit kepala, sakit sendi ataupun demam, ubat tahan sakit mungkin boleh membantu.
Ubat alergi
Jika anda mempunyai alergi terhadap sumber tertentu, bawa bersama pil antihistamin dalam beg kembara. Punca alergi mungkin berubah mengikut altitud, iklim dan diet yang diambil di sesebuah tempat.
Krim penghalau serangga
Repelen nyamuk mengandungi DEET (N,N-dietilmetatoluamida) sangat kritikal jika anda mengembara ke negara tropika yang diancam malaria, demam kuning, denggi dan beberapa lagi penyakit bawaan nyamuk. Pertimbangkan preskripsi antimalaria jika anda bercadang ke destinasi mencabar seperti di Afrika, Amerika Selatan dan India.
Tablet penulenan air
Didatangkan dalam bentuk tablet, paket atau larutan garam rehidrasi oral, amat penting bagi mereka yang sering 'kalah' pada masalah cirit-birit.
Sebelum bertolak ke destinasi luar negara, pastikan anda merujuk kepada doktor mengenai suntikan vaksin yang perlu, mungkin sama ada untuk cacar, influenza atau tetanus. Anda juga perlu beri perhatian terhadap isu kesihatan yang boleh menjejaskan keseronokan percutian seperti masalah asma atau tekanan darah tinggi. Jagalah kesihatan sebelum dan semasa melancong. Selamat berlibur!
Wednesday, December 15, 2010
MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia.
| MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia. |
NATIONAL Science and Technology Authority dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant menjelaskan buah pala mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan.
Lebih menarik peranan bahan tersebut dikatakan cukup ampuh untuk mengatasi rasa mual, masalah muntah, insomnia, kekejangan dan sakit sendi.
EKSTRA: Penyelidik dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat, Dr. Peggy Mason, memberitahu coklat mampu merangsang sistem otak yang mengawal bahagian sedar individu yang dapat mengurangkan rasa sakit. Kandungan favanols dan flavanolds yang terdapat dalam coklat juga membantu mencegah penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi serta jantung.
Saturday, December 11, 2010
Hutang punca gemuk
Ketua penyelidik, Eva Muenster dari Universiti Mainz membuat kesimpulan itu hasil penyelidikan ke atas 949 responden.
Kesemua responden itu ialah individu yang mendapat khidmat kaunseling berhubung hutang yang mereka tanggung.
Eva kemudian membandingkan keputusan tersebut dengan individu yang bebas hutang. Hasilnya, 11 peratus responden yang mempunyai banyak hutang mengalami obesiti berbanding 25 peratus responden yang bebas hutang.
Malah, 11 peratus responden tadi akan menghadapi masalah psikologi dan akan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan tekanan.
EKSTRA: Kajian Leningrad Scientific Conference mendapati sarang lebah propolis kaya dengan vitamin A dan B2. Ia juga mengandungi semua vitamin (kecuali vitamin K) dan 14 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ahli kimia Britain, Prof. Arnold Buckett pula menjelaskan sarang lebah memiliki banyak khasiat lain eperti antikulat, antibakteria dan antivirus.
Thursday, December 2, 2010
Khatan wanita masih popular
BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.
Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.
“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.
“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.
“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.
Amalan dituntut
Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.
“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.
Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.
“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.
“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.
“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.
Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.
Kerat 1.3 sentimeter
“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.
“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).
“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.
Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.
“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.
“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.
“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.
Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.
Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.
“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.
Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.
“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.
Wednesday, December 1, 2010
Monday, November 1, 2010
Tumor paling besar di dunia

Buenos Aires, Ukuran tumor yang pernah diangkat dari tubuh manusia jarang melebihi 3 kg. Namun doktor di Argentina baru-baru ini berhasil mengangkat tumor raksasa dari rahim seorang wanita, seberat 23 kg.
Wanita 54 tahun asal Lomas de Zamora, kota Buenos Aires itu mengalami pembengkakkan perut dalam 1,5 tahun terakhir. Dari hari ke hari, perut yang makin membesar itu membuatnya sukar melakukan aktiviti harian.
Setelah diperiksa oleh doktor, diketahui pembengkakkan itu disebabkan oleh tumor yang tumbuh di rahimnya. Wanita yang tidak disebutkan namanya itu harus menjalani pembedahan untuk mengangkatnya.
Ketika datang ke Gandulfo Hospital untuk menjalani pembedahan, berat badannya telah mencapai 140 kg. Setelah pembedahan, berat badannya turun mendadak sebab ukuran tumor yang diangkat sangat besar iaitu mencapai 23 kg.
Oscar Lopez, doktor bedah yang mengetuai pembedahan tersebut mengatakan tumor yang diangkat dari rahim wanita itu merupakan yang terbesar di dunia hingga saat ini
Thursday, October 28, 2010
Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Tidur dengan meniarap
Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.
"Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w .
Tidur menelentang
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua..
Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung. Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Wednesday, October 20, 2010
Antara punca peningkatan berat badan

Jika anda mengalami masalah berat badan:
Sunday, October 17, 2010
Kenali tubuh sendiri
TIADA seorang pun peserta bengkel (wartawan wanita) mengangkat tangan apabila pakar bertanya siapa yang memeriksa seluruh badannya (termasuk kemaluan) setiap bulan. Rutin bulanan dilakukan cuma melihat keadaan luaran (warna kulit) dan pemeriksaan sendiri payudara (BSE).
Kepercayaan begini menyebabkan ramai wanita lambat menyedari sebarang perubahan luar biasa pada dirinya. Lebih membimbangkan apabila perubahan itu disebabkan masalah kesihatan.
Sebenarnya masih ramai antara kita mewarisi kepercayaan, mitos atau salah anggapan daripada nenek moyang.
Menurut kajian BodyLife IQ Kotex yang disiarkan baru-baru ini ke atas 1,800 remaja wanita berusia 16 hingga 24 tahun di enam negara Asia, hampir 97 peratus gadis di seluruh Asia mempunyai pengetahuan cetek mengenai tubuh mereka dan bagaimana ia berfungsi walaupun maklumat tepat mengenainya sangat mudah didapati.
Daripada perkara asas kewanitaan seperti keperawanan, haid atau kehamilan kepada pengetahuan lebih rumit mengenai tubuh manusia, kajian itu mendedahkan ramai gadis masa kini masih dibelenggu mitos dan pantang larang sama seperti generasi sebelum mereka.
Antara mitos atau kepercayaan salah mengenai tubuh ialah:
MITOS 1: Menyentuh payudara seseorang akan menjadikannya semakin besar.
Sebanyak 60 peratus responden dari Malaysia, India (55 peratus) dan Indonesia (53 peratus) beranggapan menyentuh payudara akan menjadikan ia bertambah besar, sementara 38 peratus responden dari Singapura percaya makan betik dapat membantu membesarkan payudara.
FAKTA: Sebanyak 85 peratus kandungan payudara wanita adalah lemak. Oleh itu satu-satunya cara menjadikan ia lebih besar ialah dengan menambah berat badan. Menyentuh atau memicit tidak akan menjadikan ia lebih besar.
Namun begitu, senaman tertentu dapat membesarkan otot pektoral di bahagian bawah payudara dan menambah saiz payudara anda. Berhati-hati dengan pil, pelekat atau krim yang dikatakan dapat meningkatkan saiz payu dara kerana kebanyakannya tidak berkesan.
MITOS 2: Anda boleh tahu seseorang gadis itu masih perawan melalui cara dia berjalan atau senyum.
Satu pertiga daripada wanita Malaysia (33 peratus) percaya keperawanan seseorang gadis boleh diketahui dengan memerhati cara dia berjalan. Kepercayaan di India lebih aneh kerana mereka percaya perkara ini boleh dikenal pasti melalui senyumannya!
Di Filipina pula 11 peratus wanita percaya saiz vagina (faraj) menentukannya. Kira-kira 24 wanita Filipina dan 14 peratus wanita Malaysia juga bertanggapan anda boleh hilang keperawanan melalui seks oral.
FAKTA: Tidak ada definisi perubatan berkenaan keperawanan meskipun ensiklopedia dan kamus mendefinisikan keperawanan sebagai tidak pernah melakukan aktiviti seksual. Malah selaput dara yang pecah tidak bermakna hilang keperawanan kerana beberapa aktiviti sukan lasak boleh mengakibatkan ia pecah.
Oleh itu sukar mengatakan sama ada seseorang wanita itu masih perawan; apatah lagi dengan melihat cara beliau berjalan, bercakap atau tersenyum!
MITOS 3: Sesetengah amalan dapat memanjangkan atau memendekkan kitaran haid.
Dua puluh satu peratus wanita Malaysia beranggapan makan banyak akan membantu menjadikan haid mereka datang lebih awal dan berakhir dengan cepat. Ada yang percaya mereka sepatutnya makan dengan banyak supaya haid lebih cepat habis.
Wanita Indonesia dan Filipina pula mempunyai amalan aneh untuk memendekkan haid mereka – enam peratus wanita Indonesia percaya dengan memijak tuala ketika haid pertama akan menamatkannya dalam masa tiga hari, sementara wanita Filipina percaya ia boleh dicapai dengan melangkau tiga anak tangga.
FAKTA: Salah tanggapan biasa ialah haid adalah pendarahan dalaman. Untuk memahami proses haid, seseorang mesti tahu bagaimana sistem peranakan berfungsi. Organ peranakan mengandungi ovari, tuib fallopia, rahim dan vagina.
Setiap bulan, ovari menghasilkan telur yang turun melalui tuib fallopia. Pada masa sama, lapisan tisu rahim menjadi semakin tebal sebagai persediaan terhadap kehamilan jika berlaku hubungan seksual dan telur disenyawakan oleh sperma.
Jika telur tidak disenyawakan, ia akan dilarutkan. Lapisan tisu rahim kemudian dilupuskan bersama larutan telur dan keluar dari badan sebagai darah haid. Ia tiada kaitan dengan darah daripada salur darah.
Ada wanita mengalami kekurangan darah ketika haid. Perkara ini boleh berlaku kerana pada dinding rahim ada salur darah yang sangat halus dan salur darah ini boleh mengalami pendarahan. Tidak diketahui mengapa dan bagaimana ia berlaku.
Langkah mengatasi masalah kekurangan darah ialah mengambil makanan yang kaya zat besi seperti hati dan kerang. Amalan makanan seimbang juga dapat mengurangkan masalah ini.
Kini ada ubat boleh meringankan haid tetapi amalan seperti memijak tuala, melangkau tiga langkah pada tangga atau banyak makan adalah kaedah yang tidak terbukti berkesan.
Wanita yang menggunakan alat pencegah kehamilan (IUS) juga tidak perlu risau apabila haid mereka sangat sedikit berbanding biasa.
Ini kerana hormon daripada IUS menghalang persenyawaan dan dinding rahim kekal nipis. Kesannya darah haid jadi sedikit; bukan sebab darah terkumpul dalam rahim!
MITOS 4: Memakai coli mengakibatkan kanser payudara.
Kira-kira 70 peratus wanita Vietnam, Malaysia (55 peratus), Filipina (42 peratus) dan India (41 peratus) menganggap memakai coli meningkatkan risiko kanser payudara.
FAKTA: Saintis belum dapat mengenal pasti punca sebenar kanser payudara. Menurut kajian, risiko mendapat kanser payudara meningkat berdasarkan faktor usia, sejarah keluarga, genetik, perubahan genetik, kurang bersenam, alkohol dan merokok.
Tiada bukti saintifik menunjukkan pemakaian coli memberi kesan secara langsung terhadap kanser payudara, tetapi wanita dinasihatkan memakai coli sesuai untuk mengelak masalah payudara.
MITOS 5: Mangkuk tandas boleh mengakibatkan penyakit kelamin, HIV/Aids atau kehamilan.
Hampir 20 peratus wanita Malaysia bertanggapan mangkuk tandas yang kotor boleh mengakibatkan penyakit kelamin, sementara 39 peratus percaya memakai pelapik seluar dalam setiap hari boleh mengakibatkan jangkitan vagina.
FAKTA: Virus yang menyebabkan penyakit kelamin (STD) tidak boleh bertahan lama di luar tubuh manusia. Oleh itu, mangkuk tandas, tombol pintu, tuala hotel atau cadar tidak menyebabkan jangkitan STD atau HIV/Aids.
STD boleh berjangkit melalui hubungan seks, bersentuhan secara langsung seperti bercium, hubungan sulit dan penggunaan produk seks yang tercemar.
Manakala HIV/Aids pula berjangkit melalui pemindahan darah (termasuk jika anda luka dan menyentuh pesakit yang alami pendarahan), hubungan seks dan berkongsi jarum suntikan, terutama di kalangan penagih dadah.
Segera dapatkan bantuan perubatan jika dijangkiti STD kerana ia bukan saja menyakitkan dan menyusahkan, malah boleh menjangkiti pasangan anda.
Saturday, October 9, 2010
rahsia coklat
Kaum hawa dan coklat tidak dapat dipisahkan.... tp adakah semua wanita sukakan coklat??? oh tidak... tidak semua wanita gemarkan makanan ini... tetapi..
Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.
Coklat bukan sahaja gemar dinikmati oleh si anak kecil.Khabarnya,coklat banyak memberi kebaikan kesihatan,kecantikan dan ghairah orang dewasa?Sebab itulah coklat sering menjadi hadiah untuk orang tersayang pada hari-hari tertentu.Mengapa coklat dijadikan sebagai lambang cinta?Apa kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga ‘makanan lazat’ ini digemari ramai?.Adakah coklat ini boleh dilabelkan sebagai makanan menyihatkan atau sebaliknya?
1- Coklat Untuk Kesihatan
Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.
2- Coklat Kaya Vitamin
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.
3- Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.
4- Coklat Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.
5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamineyang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.
6- Coklat Untuk Ghairah Seks
Alasan mengapa ramai orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta.Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut.Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang menikmatinya.Selain itu,coklat dapat memberikan kesan nyaman,rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.
Sunday, October 3, 2010
Meredakan kepenatan

SETIAP kali balik daripada bercuti banyak kerja perlu dilangsaikan, terutama bagi mereka yang berurusan dengan orang ramai. Ada juga yang merancang untuk bercuti lama selepas Aidilfitri; dan seperti biasa sebelum hari terakhir bekerja ramai bertungkus lumus melangsaikan kerja sehingga ada terpaksa berjaga malam.
Langkah terbaik untuk mengelak terjadinya sebarang masalah, berehatlah seketika setiap satu atau dua jam. Ada beberapa panduan ringkas yang mudah dilakukan seperti:
A. Merehatkan mata
Panduan ini sangat berguna bagi individu yang banyak menggunakan komputer dan melakukan kerja seni halus, termasuk menjahit.
B. Urutan leher dan bahu
Urutan, terutama pada leher dan bahu, boleh melegakan ketegangan otot serta melancarkan perjalanan darah. Belajar cara mengurut yang betul dan anda juga boleh meminta orang membantu anda.
C. Latihan pernafasan:
D. Latihan rehatkan otot
Ini adalah latihan menegang dan merehatkan otot secara berperingkat-peringkat; iaitu satu kumpulan otot pada satu masa. Anda boleh memulakan dengan mana-mana kumpulan otot contohnya di leher. Caranya tegangkan otot di leher ketika anda menarik nafas dan rehatkan otot ini apabila menghembuskan nafas.
Ulang kaedah sama untuk otot di bahu, abdomen, pinggul dan kaki. Ulang beberapa kali dan anda akan berasa lebih lega. Selain itu menunaikan solat juga antara cara terbaik untuk merehatkan badan dan fikiran.







