Pages

Showing posts with label tips dan petua. Show all posts
Showing posts with label tips dan petua. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Persediaan ke luar negara


KECEKAPAN memahami jaringan pengangkutan di destinasi lawatan memberi kelebihan kepada pelancong.


PASTINYA ramai golongan muda kini berpeluang melancong atau mengembara ke destinasi idaman masing-masing. Sama ada lokasi domestik mahupun di luar negara, sistem pengangkutan yang efisien, dipercayai dan murah membolehkan mereka berbuat demikian.

Maka, menjelang rutin hujung tahun dan sempena cuti sekolah atau semester universiti, ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong bersama keluarga atau teman-teman.

Trend menghabiskan waktu cuti di luar negara kini menjadi pilihan orang muda, apatah lagi dengan pelbagai tawaran menarik oleh syarikat penerbangan tambang murah.

Minggu ini GenK ingin berkongsi beberapa tip sebagai persediaan kepada anda sebelum berlepas ke luar negara. Perancangan rapi sedikit sebanyak akan membantu memudahkan perjalanan anda sekeluarga.

Pasport

Pasport merupakan dokumen terpenting kepada anda untuk melepasi sempadan antarabangsa. Pastikan dokumen itu sudah disediakan sebulan lebih awal supaya anda tidak tergesa-gesa.

Jika hendak melawat ke negara tertentu yang memerlukan visa, pastikan perkara itu diuruskan secepat mungkin sebelum tarikh yang dijangka untuk berlepas. Baki tempoh sah pasport juga perlu sekurang-kurangnya enam bulan.

Peta

Peta menunjukkan banyak maklumat perjalanan penting bagi memudahkan anda mengenali sesebuah negara. Ia membantu menunjukkan laluan atau lokasi menarik di negara tersebut.

Seelok-eloknya belajar dahulu mengenali tempat menarik yang ingin dikunjungi ketika berada di tanah air.

Ubat-ubatan

Sediakanlah peralatan kecemasan yang ringkas seperti plaster, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan ubatan berkaitan bagi menjamin keselesaan perjalanan.

Sekiranya menghidap sakit kronik, seeloknya sediakan sejumlah ubat diperlukan yang dapat menampung tempoh percutian anda.

Makanan

Kadangkala amat sukar untuk mendapatkan makanan halal di kebanyakan negara. Bawalah makanan kering seperti biskut, mi segera, sardin mahupun minuman segera yang mudah dibawa sebagai persediaan awal.

Namun, pembawaan bahan-bahan itu bergantung kepada undang-undang atau larangan yang dikuatkuasakan di negara tersebut.

Mata wang

Sediakan jumlah wang yang secukupnya bagi pelbagai tujuan ketika di luar negara. Sebaik-baiknya lakukan pertukaran mata wang negara yang ingin dilawati ketika masih berada di tanah air.

Tindakan itu lebih menguntungkan kerana mata wang asing dijual lebih murah dalam negara berbanding di negaranya.


KOMUNIKASI dalam bahasa tempatan bagaikan bonus kepada pelancong.

Duit lebih

Jangan lupa asingkan sebahagian wang yang dibawa untuk digunakan ketika berlaku kecemasan. Anda harus ingat untuk menyediakan wang untuk bayaran cukai lapangan terbang yang mencukupi kerana setiap negara mempunyai nilai cukai yang berbeza.

Status negara dilawati

Bagi memastikan perjalanan anda selamat dan tidak terganggu, adalah penting untuk anda mengetahui keadaan semasa yang berlaku di negara tersebut. Bacalah laporan akhbar mengenai keadaan politik, cuaca dan bencana alam yang berlaku.

Pejabat kedutaan

Kenal pasti lokasi sebenar pejabat kedutaan Malaysia di negara yang ingin dikunjungi. Ia penting untuk memudahkan anda dan kerajaan sekiranya ditimpa musibah.

Sekiranya berlaku kecemasan segeralah menghubungi pihak kedutaan negara kita untuk mendapatkan bantuan.

Beritahu kenalan

Jangan lupa untuk memberitahu ahli keluarga mahupun rakan-rakan mengenai lokasi dan tempoh perjalanan anda. Sekiranya berlaku kecemasan, merekalah antara orang terawal akan memberikan bantuan kepada anda.

Bahasa

Bersedialah untuk berdepan dengan penduduk tempatan yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Jangan lupa untuk membawa kamus bahasa tempatan.

Jangan segan untuk menggunakan bahasa isyarat dengan mereka kerana itu merupakan kaedah terbaik untuk berkomunikasi sekiranya mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan penyambut tetamu hotel untuk menulis ayat-ayat ringkas bagi memudahkan komunikasi anda dengan penduduk tempatan.

Pakaian

Sediakan pakaian dalam jumlah yang minimum dan pakaian yang ringan bagi memudahkan pergerakan anda. Kasut yang sesuai dan topi jangan diketepikan selain baju tebal sekiranya melawat negara yang sedang mengalami musim sejuk.

Lesu pesawat

Perubahan waktu yang ketara pasti berlaku sekiranya terbang jauh ke benua lain. Situasi itu sedikit sebanyak merubah masa tubuh kita dan menyebabkan kesukaran tidur. Bersedialah lebih awal bagi menghadapi situasi itu. Berehatlah dengan secukpnya ketika tiba di sana.

Friday, February 4, 2011

Khasiat ubi kentang

Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.

Wednesday, February 2, 2011

Tips Motivasi – 4 Petua Mengatasi Stress Untuk Wanita Bekerja



 Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah, suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.

Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.

1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.
Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.

2. Fokus Pada Solusi.
Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.

3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.
Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.

4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.
Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh, jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.
Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

Monday, December 27, 2010

Senggugut?? cuba lakukan ini..

1.Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

2.Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.


3.Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.


4.Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari. 

5. Amalkan minum air suam. Bagus juga air 100plus

6. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

7.Masukkan air suam di dalam botol air dan gulingkan botol air di atas perut

8. Jangan biasakan minum air sejuk atau mandi sejuk bila datang sakitnya sebab badan masuk angin

Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut.

Ingat! Jangan Amalkan Pengambilan Ubat Tahan Sakit kerana ada kesannya kelak.
Sekiranya kesakitan yang melebihi tempoh-tempoh biasa. Pergi berjumpa Doktor untuk
langkah berjaga-jaga

Saturday, December 18, 2010

Rawat diri waktu libur

PASTIKAN anda menyediakan kit perubatan lengkap untuk kembara percutian.



MINYAK angin, paracetamol dan vitamin? Mungkin kurang lengkap sekiranya hanya itu yang anda bawa semasa mengikuti sesebuah perjalanan kembara atau agenda percutian yang panjang.
Seseorang pengembara tidak seharusnya meninggalkan rumah tanpa kit keperluan asas rawatan dan perubatan. Meskipun kandungan kit tersebut mungkin berbeza mengikut destinasi yang dituju, pakar kembara mencadangkan beberapa ubatan dan barangan penting. Apakah yang perlu anda sediakan?

Antiseptik, pembalut seliuh dan sapuan antibiotik
Semakin jauh anda berjalan, semakin tinggi kemungkinan untuk anda mendapat luka, calar atau lecetan kulit. Maka sebelum luka kecil itu menjadi penyebab jangkitan yang lebih memudaratkan, ia perlu segera diberi perhatian. Pek antiseptik mudah bawa kini turut didatangkan dalam bentuk helaian tuala lembap yang kecil.

Ubat cirit-birit (loperamide/pismuth)
Makanan yang tidak diketahui tahap kebersihan dan cara penyediaannya ataupun makanan di negara asing yang berbeza rempah ratus mungkin menyebabkan masalah pada perut.

Plaster perubatan
Walaupun bukan penyelamat nyawa utama, pita atau plaster tampalan adalah jawapan bagi menghindarkan lecetan akibat aktiviti berjalan jauh, treking hutan mahupun pendakian.

Krim pelindung matahari
Mungkin kedengarannya remeh, namun lebih baik beringat sebelum terkena. Keperitan akibat lelasan suria bukan sahaja membuatkan anda berasa tidak selesa, malah meningkatkan risiko mendapat kanser kulit.

Ubat penahan mabuk
Tablet dramamin atau pelekat skopamin mampu mengurangkan rasa tidak selesa akibat mabuk perjalanan. Ubat tersebut tentu menjadi 'sahabat' kepada pengembara yang diuji cabaran pelayaran bot di laut berombak atau laluan darat yang berliku-liku.

Ubat tahan sakit
Ketika percutian anda diduga masalah kesihatan seperti sakit kepala, sakit sendi ataupun demam, ubat tahan sakit mungkin boleh membantu.

Ubat alergi
Jika anda mempunyai alergi terhadap sumber tertentu, bawa bersama pil antihistamin dalam beg kembara. Punca alergi mungkin berubah mengikut altitud, iklim dan diet yang diambil di sesebuah tempat.



Krim penghalau serangga
Repelen nyamuk mengandungi DEET (N,N-dietilmetatoluamida) sangat kritikal jika anda mengembara ke negara tropika yang diancam malaria, demam kuning, denggi dan beberapa lagi penyakit bawaan nyamuk. Pertimbangkan preskripsi antimalaria jika anda bercadang ke destinasi mencabar seperti di Afrika, Amerika Selatan dan India.

Tablet penulenan air
Didatangkan dalam bentuk tablet, paket atau larutan garam rehidrasi oral, amat penting bagi mereka yang sering 'kalah' pada masalah cirit-birit.

Sebelum bertolak ke destinasi luar negara, pastikan anda merujuk kepada doktor mengenai suntikan vaksin yang perlu, mungkin sama ada untuk cacar, influenza atau tetanus. Anda juga perlu beri perhatian terhadap isu kesihatan yang boleh menjejaskan keseronokan percutian seperti masalah asma atau tekanan darah tinggi. Jagalah kesihatan sebelum dan semasa melancong. Selamat berlibur!

Wednesday, October 13, 2010

Tip bantu jejaka serlah penampilan diri




Gaya ideal lelaki berbadan besar
  • Untuk menyembunyikan bentuk badan, warna gelap adalah alternatif terbaik bagi si bertubuh besar. Berani memilih warna seperti hitam, ungu, hijau gelap, merah hati dan biru tua.

  • Material fabrik daripada bahan lembut seperti linen, wool dan kapas juga mampu menampakkan keseimbangan gaya.

  • Hindari pakaian yang terlalu banyak corak. Kurang corak serta motif besar mampu mengelak anda kelihatan lebih besar.

  • Usah memakai material berat dan tebal kerana ia akan menampakkan anda bertambah gemuk. Jangan sarung pakaian dua atau tiga lapis termasuk jaket jika tidak mahu kelihatan bertubuh besar.

  • Pakaian berjalur lurus dan tegak membuatkan bentuk badan lebih langsing.

  • Pastikan pakaian yang dipilih sedikit longgar dan tidak melekap pada badan. Pakaian yang melekap hanya akan menampakkan lagi lemak pada tubuh badan.

Gaya ideal lelaki kurus tinggi
  • Biarpun realitinya jejaka kurus boleh menggayakan apa saja warna dan rekaan, mereka masih perlu mengikut aturan bergaya. Contohnya, elak membeli kemeja berjalur besar memanjang ke bawah kerana itu akan membuat mereka kelihatan bertambah kurus.
  • Jika tidak mahu kelihatan lebih tinggi, kurangkan membeli kasut bertapak.

  • Elak membeli baju sendat kerana ia hanya menjejaskan penampilan.

  • Gayakan sekali jaket, vest (anak baju) ataupun baju sejuk untuk menampakkan tubuh lebih besar.

  • Selain mengenakan seluar skinny, potongan seluar ke pejabat yang mempunyai lipatan di bahagian depan poket untuk pinggang lebih besar.


Gaya ideal lelaki pendek

  • Hindari membeli baju besar melebihi saiz badan kerana ia hanya akan membuatkan diri kelihatan ‘tenggelam’ dalam baju berkenaan.

  • Jika membeli kemeja-T, pilih bentuk kolar V kerana ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih tinggi.

  • Memilih corak berjalur ke bawah juga idea yang baik untuk jejaka pendek untuk tampak lampai. Elak baju jalur rekaan melintang. Ini akan menampakkan jejaka lebih pendek.

  • Dalam memilih seluar, elak celana berpotongan besar. Keadaan ini hanya menjejaskan lagi penampilan malah anda kelihatan lebih pendek.

  • Pilih kasut bertapak berbanding kasut leper

Saturday, October 9, 2010

PETUA KECANTIKAN

Limau nipis & teh kempiskan perut

Perahan limaunipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari.Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannyalebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yangbuncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...


Mengatasi kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


Tumit Pecah-Pecah

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.


Mewangikan Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala.Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selainmewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.


Limau Nipis Cantikkan Badan

Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.


Hilangkan Bau Kaki

Seringdidapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup.Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki.Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

Thursday, October 7, 2010

PETUA IMAM SYAFIE

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sunday, October 3, 2010

Meredakan kepenatan


SETIAP kali balik daripada bercuti banyak kerja perlu dilangsaikan, terutama bagi mereka yang berurusan dengan orang ramai. Ada juga yang merancang untuk bercuti lama selepas Aidilfitri; dan seperti biasa sebelum hari terakhir bekerja ramai bertungkus lumus melangsaikan kerja sehingga ada terpaksa berjaga malam.


Langkah terbaik untuk mengelak terjadinya sebarang masalah, berehatlah seketika setiap satu atau dua jam. Ada beberapa panduan ringkas yang mudah dilakukan seperti:

A. Merehatkan mata


Panduan ini sangat berguna bagi individu yang banyak menggunakan komputer dan melakukan kerja seni halus, termasuk menjahit.

  • Cara paling mudah untuk merehatkan mata ialah dengan memejamkan mata selama beberapa saat. Bayangkan perkara yang menyenangkan hati.

  • Mengadap komputer sepanjang hari boleh meletihkan mata. Anda boleh beli penapis skrin komputer kerana tekanan pada mata boleh dikurangkan dengan merendahkan kesilauan dari skrin komputer.
  • Bagi yang memerlukan bantuan kaca mata untuk penglihatan jarak dekat, pakai kaca mata anda apabila melakukan kerja sama atau membaca. Jangan paksa mata anda untuk bekerja kerana ia membuat mata cepat penat.

  • Rehatkan mata dengan duduk bersandar (atau berdiri) dan lihat objek yang jauh. Alihkan penglihatan anda ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Kelipkan mata dengan kerap, terutama bagi anda yang banyak menggunakan komputer, untuk membersih dan melembapkan mata anda.

  • Untuk merangsang aliran darah di keliling mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam. Perah tuala, tekapkan di atas mata anda dan biarkan seketika.

  • Anda juga boleh melakukan yoga mata. Jangan risau, ini bukan yoga seperti yang anda lihat dalam televisyen atau di pusat kesihatan. Yang anda perlu lakukan hanya menggosok kedua-dua belah tapak tangan sehingga terasa hangat. Tekapkan tapak tangan pada mata selama lima hingga 10 saat.

  • Mata yang kering akan cepat terasa letih dan sakit. Masalah ini boleh diatasi dengan berehat (mengalihkan pandangan daripada kerja) dan mengelipkan mata beberapa kali atau menitiskan beberapa titik cecair pelembap mata.

  • Pastikan juga cahaya di dalam bilik anda bekerja itu cukup terang. Cahaya malap akan memaksa mata anda untuk mengadaptasi dengan persekitaran yang kurang terang dan membuatkan mata cepat penat.

  • Jangan pakai kanta lekap melebihi waktu disarankan. Jika anda terpaksa bekerja lebih masa, disarankan memakai kaca mata.

  • Kurang tidur dan rehat juga boleh menyebabkan terbentuknya gelang hitam di sekeliling mata. Untuk mengatasi keadaan ini, letakkan hirisan timun atau kentang di atas mata. Ia juga akan menyegarkan mata anda.

  • Apabila anda membuat teh, rendamkan uncang teh dalam air panas. Selepas mendapat kepekatan yang dikehendaki, keluarkan uncang teh berkenaan dan baru masukkan gula ke dalam teko. Simpan uncang teh ini dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. Ia boleh ditekapkan pada mata untuk menghilangkan keletihan mata.

    B. Urutan leher dan bahu

    Urutan, terutama pada leher dan bahu, boleh melegakan ketegangan otot serta melancarkan perjalanan darah. Belajar cara mengurut yang betul dan anda juga boleh meminta orang membantu anda.

  • Minta pasangan duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan mengenai perkara yang menenangkan. Tanggalkan kaca mata jika ada. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahu.

  • Letakkan ibu jari di tengkuk dan urut perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang tiga kali.

  • Gunakan kedua-dua belah tangan dan urut bahu hingga ke lengan atas. Ulang tiga kali.

  • Urut dengan ibu jari bermula dari bawah tengkuk menghala ke luar menjauhi tulang belakang. Ulang tiga kali.

  • Urut dengan ibu jari di bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar.

  • Letakkan satu tangan atas dahi dan satu lagi di tengkuk. Dengan perlahan-lahan pusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri.

  • Gunakan semua jari untuk mengurut bahagian dahi dan terus ke tepi kepala dengan menggunakan teknik memutar. Ulang tiga kali.

  • Letakkan kembali tangan di atas bahu pasangan dan picit perlahan.

    C. Latihan pernafasan:

  • Berdiri dengan menjarakkan kaki selebar bahu dan longlaikan tangan di sisi.

  • Pejamkan mata dan tundukkan kepala ke depan.

  • Tarik nafas perlahan-lahan, dalam-dalam melalui hidung dalam kiraan 10. Letakkan tangan di atas perut dan cuba rasai perut anda bergerak ke depan (naik) apabila anda menarik nafas. Tahan seketika.

  • Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut (dalam kiraan 10). Tenangkan fikiran dan hati ketika anda menghembuskan nafas.

  • Ulang langkah di atas sebanyak lima kali dan buka mata perlahan-lahan.

    D. Latihan rehatkan otot

    Ini adalah latihan menegang dan merehatkan otot secara berperingkat-peringkat; iaitu satu kumpulan otot pada satu masa. Anda boleh memulakan dengan mana-mana kumpulan otot contohnya di leher. Caranya tegangkan otot di leher ketika anda menarik nafas dan rehatkan otot ini apabila menghembuskan nafas.

    Ulang kaedah sama untuk otot di bahu, abdomen, pinggul dan kaki. Ulang beberapa kali dan anda akan berasa lebih lega. Selain itu menunaikan solat juga antara cara terbaik untuk merehatkan badan dan fikiran.