Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.N – Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Hasil kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada tahun lepas ini telah membuktikan bahawa berlaku pengurangan sperma terhadap individu yang sering meletakkan telefon bimbit mereka dalam saku seluar.Sebelum ini juga ada dakwaan yang sama mengenainya hasil kajian NGO dari luar.
Cuma adakah benar ianya boleh membawa implikasi sebegitu, tidaklah dapat kami mengsahihkannya. Cuma kalau ianya benar, nampaknya amat merbahaya juga sebab ramai di antara pengguna telefon bimbit yang sering meletakkan telefon bimbit mereka di dalam seluar.Cuma kami tertanya juga, adakah ianya tidak ada kesan terhadap wanita?
No comments:
Post a Comment