Pages

Wednesday, March 30, 2011

Proton City


Tasik Damiana

Tempat rehat
Pondok atas air

bangku di tepi tasik


Laluan pejalan kaki

jambatan tembok cina




Berjoging


Berkayak


Banglo tepi tasik



Kemudahan masjid

kemudahan tempat letak kereta

pintu gerbang masuk ke perumahan Proton City

  Kilang Proton




tempat kuliah aku di kilang proton.

Damiana Apartment




salah satu tempat menarik yg boleh dikunjungi bila datang ke Tanjung Malim ialah Proton City. ni mesti fikir kilang Proton kan??? betul la tu. tp ada 1 yg lebih menarik.. kawasan perumahan di Proton City dgn pemandangan yg cantik dan damai. terutamanya tasik damiana tu.. pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti beriadah, berkayak, berkelah, dan sebagainya. Proton City terletak tidak jauh dari pekan Tanjung Malim. lebih kurang 10 bulan tinggal kat sini masa DPLI kat UPSI adalah pengalaman yang sangat best.. tempat yang aman dan menenangkan...

Monday, March 21, 2011

pemandangan dari jambatan KLCC







pernah naik jambatan KLCC tak???  bukan senang nk naik KLCC tu... kalau pege jalan2 kat KLCC tu dah slalu sangat.. tp ni 1st time aku naik kt jambatan KLCC tu.. aku pon dah lupe tingkat berapa.. sbb pegi 4 tahun lepas.. hehehe.. time tu pon aku masuk free jer sebab under SUKSIS. dan kebetulan time tu polis ada buat derma darah kat KLCC sempena hari polis ke 200 kalo tak silap la...pelas ni x tau bila boleh naik lg... tapi kalo nk naik jgn gayat sudah.. ada kawan naik pastu terus mabuk sebab gayat tengok tinggi sangt.. nasib baik aku tak gayat.. best giler... boleh tengok seluruh pemandangan KL...best3x

Fakta-fakta menarik - part 5

*Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

*Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

*Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

*Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

*Bilangan telefon di bandaraya Tokyo , Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

*Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

*Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"- sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

*Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US .

*Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

*Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

*Raja Uganda , King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

*Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland .

*Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.

*Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

*Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

*Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

*Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

*KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh , India . Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

*Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

*Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

*Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

Sunday, March 20, 2011

Aktiviti lasak di Bukit Gemuk, Tawau

pemandangan tawau boleh dilihat dari puncak bukit

laluan jalan kaki melalui jambatan gantung yg mengelilingi puncak bukit gemuk

trek utk sampai ke puncak bukit

tempat rehat yg disediakan di puncak bukit

tempat memulakan pendakian

turut disediakan kemudahan chalet utk pengunjung

bukit gemuk....

kemudahan tempat letak kereta
aktiviti cuti sekolah yg lalu kuisi utk memanjat Bukit Gemuk yg terletak tak jauh dr bandar Tawau.. tp kalo dr tinggal aku di Felda Umas ambil masa dalam 40 minit. agak semput jgak sbb tak fit.. jg pon dah lame tak bersenam... heheheh.. tp sampai la jgk kt puncak tu.. bila smpai di puncak tu teruja la sbb boleh nmpak seluruh Tawau.. best la.. udara pon nyaman jer.. lain kali boleh la nk pegi lagi.. bayaran pon tak mahal.. RM 2 jer...

Origami : haiwan laut