Pages

Tuesday, January 25, 2011

Ordos in China – a modern ghost town

District Kangbashi, designed for more than a million inhabitants, still abandoned, even five years from the date of commencement of construction.


Property area Kangbashi started within the state of the project in Ordos – a town in the province of Inner Mongolia, the source of wealth that is coal quarter. The space was designed with office buildings, administrative areas, government agencies, museums, theaters and sports facilities, and housing. But there is one problem. In the space of more than one million inhabitants, yet almost no one lives.

Despite the fact that most of the property has been purchased and is planned by 2010, the District will be settled Kangbashi still empty.

Most of the half a million people in the Ordos Dunsheng considers his home, located an hour from empty Kangbashi.

Two workers clean the area around the library building. Per capita income in the Ordos is the second largest in the country after Shanghai.

Treasury. Workers are pieces of foam to the stairs leading to the museum Ordos, who had not yet been completed.

Monument. Pedestrian walking down the street behind a giant sculpture depicting two horses in the field Liniuinli, district Kangbashi.

A desert highway. View of the empty houses.

In the city the complete lack of business. A pedestrian walks past empty retail space. Virtually none of the companies did not want to move into a new area.

Depressing silence. The streets are deserted even in the morning, when residents have to drive to work.

New construction in Kangbashi continues despite the fact that the area is not inhabited.

An elderly man pushing a cart, going across the road that separates the finished building from still being under construction.

Construction in progress. Workers are shtroblenie walls of the future shopping center for non-existent residents of apartment complex.

Sunday, January 23, 2011

Budak 6 tahun masih menyusu badan

Yorkshire -  Sesuatu yang jarang berlaku apabila seorang anak yang sudah berumur 6 tahun masih lagi menyusu badan. Begitulah yang terjadi ke atas seorang ibu muda, Amanda Hurst, 29, tinggal di Selatan Hemingfield terpaksa menyusukan bayinya yang berusia 5 bulan bersama anak sulungnya yang berusia 6 tahun.  Jonathan, 6 tahun masih enggan bercerai susu ibu walaupun dia sudah mempunyai adik kecil. Sejak berumur 3 tahun ibunya sudah mencuba untuk memisahkan Jonathan daripada susu ibunya tetapi dia enggan. Sifat kasih sayang ibu yang mendalam terhadap anak membawa Amanda Hurst terus menyusukan Jonathan sehingga sekarang.

Saturday, January 15, 2011

Kolam renang pintar

Foto

Foto

Foto

Sebut saja kolam renang, pasti ramai membayangkan kawasan laman luas sebagai syarat utama. Kini, Smartpool memberi pilihan kepada pengguna memiliki kolam renang di kawasan terhad. Lebih menarik, ia bukan sekadar penghias laman, sebaliknya umpama spa dan gimnasium mini kerana dilengkapi teknologi mesin larian, treadmill


KOLAM renang adalah antara hiasan sesuai untuk kediaman yang mempunyai ruang laman luas seperti banglo, kembar dua atau rumah teres lot tepi.

Perbelanjaan membinanya juga memerlukan kos yang besar, begitu juga dengan perbelanjaan penyelenggaraan bulanan yang sekali gus menyebabkan ramai berfikir banyak kali sebelum memutuskan untuk membinanya.
Sehubungan itu, ramai yang beralih membina kolam ikan hiasan atau pancuran air menghiasi laman kediaman berikutan kos membina serta penyelenggaraannya yang jauh lebih murah. Malah, pemilik kediaman dengan kawasan laman yang luas menjadikan kolam ikan hiasan sebagai kawasan riadah dan beristirahat keluarga.

Kini, selaras perkembangan teknologi serta kesesuaian cita rasa pengguna yang lebih praktikal, ramai memilih SmartPool. Seperti maksud namanya, kolam renang bersaiz kecil bagi kawasan seluas 12 meter persegi itu bukan sekadar kolam renang bagi tujuan santai, tetapi bagi tujuan bersenam kerana dilengkapi teknologi menyamai mesin larian elektronik, treadmill.

Lebih menarik lagi, ia juga boleh dijadikan hiasan penyeri laman. Tidak hairanlah, semakin ramai pemilik kediaman mewah dan sederhana mula menukar pancuran air atau kolam hiasan ikan koi dengan SmartPool.

Seperti mesin treadmill yang memudahkan aktiviti berjoging, SmartPool adalah kemudahan gaya hidup masa kini yang ditawarkan untuk berenang di kolam bersaiz kecil. Dengan keluasan kolam 12 meter persegi, aktiviti berenang masih boleh dilakukan menerusi teknologi SmartPool.
Pada keluasan terhad sebesar saiz kereta sedan mewah, SmartPool tidak memberi masalah bagi mereka yang sukakan aktiviti berenang kerana arus air yang mengalir diciptakan menerusi motor yang senyap, membolehkan perenang melakukan hampir semua rutin dalam sukan itu seperti menguak mahupun aksi lintang tanpa sebarang masalah.

SmartPool pada asasnya adalah kolam renang terkini berarus lancar yang boleh diselaraskan mengikut kelajuan pilihan. Fungsinya yang membantu mempertingkatkan tahap kesihatan dan medium untuk senamrobik di dalam air menepati reka bentuk elemen gaya hidup zaman moden.

Malah, SmartPool sesuai digunakan untuk aktiviti kesihatan terapi dalam air, latihan kecergasan dan senaman dalam air.

Pengarah Eksekutif SmartPools Sdn Bhd (SmartPools), Faizan Khan, berkata sesuai dengan kediaman dengan kawasan terhad, SmartPool kini menjadi produk pilihan pemaju perumahan dan hartanah.

“Malah, SmartPool diambil kira dan dimasukkan dalam perancangan awal dalam pembinaan rumah, kelab, resort percutian, pusat rekreasi dan pemulihan, pusat kesihatan dan gimnasium.

“SmartPool ternyata sesuai untuk melengkapi gaya hidup masa kini kerana memberi keselesaan, menjimatkan masa, ruang dan wang.

“Dengan keluasan yang terhad, anda dapat membina kolam renang berteknologi tinggi dan mampu melakukan aktiviti berenang umpama di kolam renang bersaiz Olimpik,” katanya.

Dengan harga yang mencecah antara RM24,000 hingga RM80,000 mengikut saiz, kelajuan, kemudahan dan kemasan pilihan, SmartPool boleh dipasang sama ada di dalam atau luar rumah atau pun di atas tanah di laman kediaman.

Diperbuat daripada bahan komposit yang berkualiti marin, ia disaluti gel pilihan Aquaguard dari FGI Australia yang bebas daripada masalah servis dan penyelenggaraan.

Skala pemasangan kolam berdasarkan pemilihan hiasan dengan pilihan kemasan seperti batu granit, jubin, batu kerikil, batu bata dan kayu. Sebarang keterangan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-300-88-74745 atau e-mel info@smartpools.com.my atau laman web www.smartpools.com.my.

INFO: SmartPool


  • Ditawarkan menerusi dua pakej iaitu SmartPool Arena dan Smartuzzi.


  • SmartPool Arena diperbuat daripada bahan komposit canggih dengan Sistem Pendorongan Liminar (LPS) dan penurasan.


  • Smart Arena Lite produk terbaru SmartPoll adalah kolam renang mampu milik dan mudah dipasang di rumah


  • Menerusi teknologi LPS itu, air kolam mampu mengalir deras sehingga sejumlah 30,000 liter air dalam tempoh seminit mengikut kesesuaian arus pilihan.


  • Sungguhpun reka bentuknya ringkas dan kecil, ia cantik dan berbeza dengan kolam renang biasa. Lebih menakjubkan, anda boleh mengubah kedudukannya di dalam kawasan rumah sama ada di halaman rumah, dalam rumah mahupun belakang rumah.


  • Saiznya standard iaitu tujuh kaki (kira-kira 2.3 meter) lebar dan 14 kaki (kira-kira 4.7 meter) panjang dengan 3.5 kaki (kira-kira 1.2 meter) kedalaman.


  • Berat SmartPool dianggarkan sehingga 350 kilogram yang boleh memuatkan 10 tan air.


  • Smart Pool boleh dipasang secara ringkas atau mewah mengikut cara hiasan yang dipilih. Bagi yang inginkan cita rasa berlainan, hiasan tambahan boleh dilakukan seperti kemasan batu marmar, batu granit, batu kerikil, batu bata dan kayu.


  • Kos penyelenggaraan sistem kualiti air RM50 setiap bulan.


  • Pengguna juga boleh memasang PowerLap LPS iaitu mesin boleh alih yang boleh dipasang untuk mana-mana kolam


  • Keterangan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1-300-88-74745 atau emel kepada info@smartpools.com.my atau layari laman web di www.smartpools.com.my

  • Wednesday, January 12, 2011

    Tips memilih perabot

  • Pemilihan perabot

    KINI pilihan perabot berupaya menonjolkan hiasan dalaman kediaman individu. Tanpa sedar, perabot menjadi bahan seni lalu mendorong kita menetapkan nilainya. Membeli perabot dianggap pelaburan menyebabkan kualiti rekaan, pembikinan, fungsi, keselesaan bahkan ketahanannya diberi perhatian.

    Pemilihannya perlu seimbang dari segi kualiti estetika, fungsi serta nilai. Melalui pengamatan serta pemahaman tema, gaya bakal dipilih, latar belakang sejarah dan perkembangan teknologi inovatif pasaran, pengguna mendapat ilham memilih perabot sesuai kehendak dan konsep rumah.

    Urusan memilih perabot menjadi mudah apabila pembekal memperkenalkan konsep suai padan membabitkan tema, skim warna serta reka bentuk.

    Hakikatnya, beberapa perkara perlu dipertimbangkan ketika memilih perabot iaitu:

  • Kualiti

    Kualiti serta harga menentukan pilihan terbaik sekali gus menyebabkan anda memperoleh rekaan, bahan serta binaan yang elok nilainya. Pengetahuan mengenai bahan dan binaan membantu membuat keputusan tepat.

  • Jenis perabot dan ruang

    Penting bagi kita memahami jenis perabot sesuai ruang supaya aktiviti rutin berjalan lancar. Perbelanjaan dapat dijimatkan sekiranya perabot pelbagai guna diutamakan.

  • Faktor manusia

    Manusia adalah pengguna perabot maka setiap perabot direka mesti mengambil kira keperluan manusia. Antara keperluan utama perlu difikirkan ialah:

  • Fungsi

    Setiap perabot perlu berfungsi dengan sempurna dan memenuhi keperluan manusia. Jika ini gagal dipenuhi, maka perabot hanya akan berfungsi sebagai hiasan saja.

  • Ukuran antropometrik dan ergonomik

    Ukuran antropometrik adalah ukuran fizikal manusia termasuk ketinggian, berat dan isi padu. Sementara, ergonomik adalah kajian terhadap hubungan manusia dengan perabot yang memenuhi keadaan sekitarnya.

    The International Ergonomic Association menjelaskan ergonomik sebagai faktor manusia yang mengaitkan manusia dengan objek yang direkabentuk, sistem serta alam sekitar.

    Justeru, setiap ukuran perlu memenuhi kehendak manusia termasuk ciri selesa dan praktikal. Kesempurnaan ukuran tubuh manusia mengikut prinsip asas ergonomik berupaya menghindar ketidakselesaan seterusnya mengelakkan berlaku kecederaan.

  • Keselesaan
    Keselesaan dan fungsi lazimnya berkait rapat antara satu sama lain dan individu memperoleh keselesaan maksimum apabila perabot berfungsi sempurna. Sebolehnya, pengguna akan mendapatkan tahap keselesaan paling maksimum. Jika itu tidak diperoleh, jelas perabot berkenaan gagal berfungsi dengan baik.

  • Nilai Estetika
    Nilai estetika sesuatu perabot zaman moden bergantung kepada fungsi dan kualiti. Perabot cantik dari segi pembuatan berkadar dengan harga dan kualiti. Maka, tidak hairanlah ia mampu mencecah ribuan ringgit sekiranya dilihat mempunyai nilai estetika manakala bahan digunakan berkualiti tinggi.

  • Kos dan Harga
    Kos dan harga adalah penanda aras bagi semua produk yang dikomersialkan. Kos ditentukan melalui nilai bahan, pembuatan dan kos sampingan. Pengguna disyorkan bijak memilih perabot berbaloi dibeli dan ini membabitkan kualiti serta tempoh jangka hayat yang panjang.

    Kesimpulannya, perabot menyempurnakan hidup manusia maka pilihlah yang mampu berfungsi dengan baik. Antara keperluan fungsi wajib difikirkan ialah ia sebagai alat untuk berehat, membuat aktiviti rutin serta ruang penyimpanan barangan dan perkakas rumah, misalnya makanan, pakaian, kelengkapan menghidang, kelengkapan berdandan dan sebagainya.
  • Friday, January 7, 2011

    Barang dalam perut ikan pari

    betul ke barang2 ni dimakan oleh ikan pari ni?? konpius jap.. pape pon.. korg fikir lah sendiri...





    Thursday, January 6, 2011

    lelaki menangis???

    Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

    Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

    Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

    Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

    Kenapa lelaki menangis?

    Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

    • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
    • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
    • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
    • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
    • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
    • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
    • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

    Monday, January 3, 2011

    Alat Uji Kehamilan USB

     alat uji kehamilan usb

     

    Kaedah ujian kehamilan kini semakin mudah dan canggih. ini adalah yg terbaru yg berupa USB yang boleh berhubung dengan komputer.

    Cara digunakan sama alat ujian kehamilan yg biasa. Hanya stik yang digunakan untuk test urin dan dimasukkan ke USB port dan akan lihat hasilnya di komputer serta dapat menganalisis kandungan hormon dalam urin Anda.

    Setelah USB dipasangkan, komputer akan menganalisa urin anda melalui grafik mengenai kandungan anda. Alat ini juga dapat menganalisa waktu kesuburan.

    Sunday, January 2, 2011

    Tugasan 2011

    Esok dah start sekolah.. dngan semangat yg berkobar2 di tahun baru ni.. tadi dah pergi meeting kat KPG Tawau. so, skrg aku dah tau tugas2 yg dipertanggungjawabkan dibahuku..

    1. KP Pengajian Am
    2. SU peperiksaaan STPM
    3. Penyelaras Ting. 6
    4. AJK Peperiksaan Dalaman
    5. AJK Kelab Staf
    6. Guru kelas tingkatan 6
    7. Guru Matapelajaran Pengajian Am K1&2 upper 6 dan BM2 lower 6.

    berat jgak tanggungjawab yg dipikul sebagai guru baru.. tapi jika ini adalah permulaan yg baik utk aku mnimba lebih banyak pengalaman, akan ku cuba buat yg terbaik..chaiyok3x..

    cuti2 kat Putrajaya & Bagan Lalang

    cuti sekolah dah nak habis.. tinggal brp hari jer lagi.. sbelum balik Sabah, g lepak dulu ngan dgn member yg duk kat Sepang. alang2 duk Sepang, leh la jmp member lame kat Putrajaya. dah lame x g putrajaya kot.. last ari tu bln 5, tu pon dah tengah mlm g alamanda.. 2 ari lepas g putrajaya lepak makan kat alamnda pstu smbung lepak kt Masjid Putra.

    sekitar masjid putra





    Pantai Bagan Lalang
     suasana waktu tengah hari

     penuh dengan biji2 pasir kecil ni kat lubang ketam

     Sepang Gold Cost

     makan ikan bakar kat kedai tepi pantai
     waktu petang, air laut akan jd semakin cetek.